Rancangan realiti televisyen berbentuk soal jawab, Clever Girl sudah hampir ke penghujungnya apabila peringkat akhir program ini bakal berlangsung pada minggu ini.

Soalan Bocor Lagi

Menampilkan 14 peserta yang mewakili negeri masing – masing, menyaksikan wakil dari negeri Perak, Sara Amelia Muhammad Bernard, 24 yang mewakili Perak dan Shazana Kamarzaman, 24 dari Selangor akan bersaing untuk mendapatkan gelaran juara.

Di sebalik kejayaan mereka mara ke pusingan akhir, minggu lalu tular di media sosial apabila netizen bercakap mengenai soalan bocor yang telah dijawab secara spontan oleh Shazana.

 

Dimana pada ketika itu, pengacara Clever Girl, Alif Satar masih belum habis membaca soalan berkenaan namun telah dijawab oleh Shazana dengan meneka jawapan tersebut adalah ‘B’.

Lebih mengejutkan lagi, jawapan tersebut adalah tepat sekali gus menimbulkan keraguan dikalangan netizen yang mengikuti rancangan ini.

Kali Kedua Soalan Bocor

Sebelum ini, bekas peserta Clever Girl yang juga wakil dari Pulau Pinang,Syakirah Mohd Adam telah menarik diri ekoran dakwaan beliau mengenai pihak produksi rancangan ini bersikap berat sebelah.

Tambah Syakirah atau lebih dikenali sebagai Kiera, beliau mendakwa pihak produksi telah membocorkan soalan kepada salah seorang peserta rancangan ini bagi membolehkan peserta berkenaan kekal sehingga ke pusingan seterusnya.

Adakah benar mengenai dakwaan ini? Atau sekadar gimik bagi menaikkan ‘rating’ penonton? Apa pun sama – sama kita saksikan siapakah juara Clever Girl pada musim ini.

0
like
1
love
0
haha
0
wow
1
sad
1
angry

Komen Anda

Previous articleKeluarga Randy Pangalila Ini Boleh Buatkan Ramai Jatuh Hati
Next articleAdik Neelofa Bercinta Dengan Anak Menteri Bergelar Tan Sri
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress