Syatilla Melvin atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla binti Amirol Melvin sebenarnya merupakan salah seorang finalis Dewi Remaja 2009/2010 bersama-sama dengan Neelofa, Izara Aishah dan Anzalna Nasir. Namun nama Syatilla semakin dikenali selepas berkahwin dengan pelakon yang popular di Malaysia iaitu Shaheizy Sam.

Syatilla merupakan anak kedua daripada lima orang adik-beradik, bapanya berketurunan Jepun manakala ibunya berketurunan Melayu. Saudara perempuannya ialah Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin merupakan pemenang tempat kedua rancangan Gadis Melayu.

Ibu kepada seorang cahaya mata ini baru sahaja bercuti bersama keluarga ke Kota London dan jika dilihat pada Instagramnya, Syatilla banyak muat naik gambar yang cantik-cantik di sana. Ada satu gambar yang mencuri perhatian kami tatkala terlihat adiknya yang dikenali sebagai Syifa.

Wajah Mirip Syatilla Melvin

Syatilla tidak mempunyai saudara kembar, namun jika anda lihat gambar-gambar Syifa ini, wajah mereka berdua memang seperti saudara kembar. Agak sukar untuk Hangat.com membezakannya, lihat saja gambar-gambar ini.

Syifa Melvin atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 22, merupakan pelajar Diploma Komunikasi Massa di Segi University College ini juga minat dalam dunia lakonan namun Hangat.com lihat Syifa tidak seaktif kakaknya Syatilla. Tapi wajah mereka memang sama kan?

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry

Komen Anda

Previous articleBaru Saja Melamar Untuk Nikah, Baim Wong Minta Putus?
Next articleVideo Aksi Lucah Jadi Kecaman! Ini Teguran Liana Rosli Untuk ‘Haters’
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.