TOMBIRUO: 5 Hal Yang Anda Patut Tahu Sebelum Menonton Filem Ini

Tombiruo adalah novel misteri popular hasil karya tulisan Ramlee Awang Murshid atau lebih kenali sebagai RAM di kalangan para peminatnya. Beliau sangat terkenal sebagai penulis novel genre thriller di Malaysia.

Bakal mula ditayangkan pada 12 Oktober, filem ini bukan saja dinantikan mereka yang berminat dengan karya beliau, namun juga peminat filem adaptasi dan filem aksi di Malaysia. Sebelum menonton, anda patut tahu hal ini.

Lagu Tema- Ribut Hati

Lagu tema (OST) untuk Tombiruo berjudul Ribut Hati nyanyian Aina Abdul. Aina merupakan protege kepada ratu rock negara iaitu Ella dalam program realiti TV popular Mentor Milennia. Memiliki vokal yang hebat dan sering menampilkan persembahan yang tidak menghampakan, Aina berjaya meraih tempat naib juara.

Mengenai perkembangan terbaru beliau, selain lagu Ribut Hati yang menjadi lagu runut kepada filem Tombiruo, beliau juga khabarnya bakal mengeluarkan sebuah lagu bahasa Inggeris yang bertajuk ‘Reminiscing’ . Menariknya mengenai lagu ini, ianya bukan sahaja menjadi lagu Inggeris pertama Aina malah turut ditulis sendiri oleh beliau. Tambah Aina kepada Hangat.com, beliau bakal berkolaborasi dalam sebuah lagu duet Altimet terbaru yang bakal diperdengarkan tidak lama lagi.

Hey world! #ootd

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul) on

Zul Ariffin Separuh Bogel

Pelakon ini dikatakan dirinya tampil separuh bogel dalam filem itu yang akan menemui penonton di pawagam bermula 12 Oktober depan. Ini kerana, dia perlu menzahirkan bahasa tubuh dalam menggerakkan watak sebagai Ejim memandangkan dia turut memakai topeng selain tidak mempunyai banyak dialog.

Zul Ariffin terpaksa menurunkan berat badan dan membina six pack untuk watak menjiwai watak yang dilakonkan dalam filem terbarunya, Tombiruo. Dia berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 13 kilogram (kg) dalam masa tiga minggu.

Novel Permintaan Tinggi

Novel terbitan Karangraf, Tombiruo: Penunggu Rimba pada 1998 ini telah diulang cetak sebanyak 18 kali kerana permintaannya yang tinggi. Tombiruo: Penunggu Rimba adalah siri pertama dalam triloginya, yang kedua novel Semangat Hutan dan diikuti Tombiruo Terakhir.

Lokasi Penggambaran

Kalau anda nak tahu, penggambaran filem ini dijalankan di Sabah. Setelah menonton filem ini, anda akan terpesona dengan keindahan negara kita sendiri lagi tatkala melihat keindahan negeri asal-usul Ejim ini.

Pengarah Dah Biasa Dengan Filem Bollywood

Pengarah untuk filem ini bukan calang-calang orang, Seth Larney pernah berkerja dengan produksi di Australia yang terbabit dalam pembikinan filem popular The Matrix Reloaded and Revolutions; Star Wars: Revenge of the Sith; Xmen Origins: Wolverine; Stealth; Superman Returns; Fools Gold dan The Chronicles of Narnia: Voyage of the Dawn Treader.


Filem ini turut menbariskan pelakon-pelakon hebat seperti Farid Kamil, Nabila Huda turut diangkat sebagai teraju utama filem adaptasi novel karya Ramlee Awang Murshid.

Pelakon lain yang terlibat dalam filem ini ialah Hasnol Rahmat, Datuk M.Nasir, Datin Marlia Musa, Faizal Hussein, Dynas Mokhtar, Faye Kusyairi, Michael Chan, R Azmi dan pelakon kanak-kanak Rayyan yang membawakan watak Ejim dan Amiruddin kecil.

0
like
1
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry