Program realiti tv, Akademi Fantasia Megastar bakal melabuhkan tirainya kurang dari 2 minggu lagi dan selepas ini mungkin program Akademi Fantasia bakal ‘berehat’ sebentar sebelum mencari format terbaru program itu.

Gegar Vaganza 2017 Bakal Mengambil Alih

Walaupun AF Megastar bakal berakhir, namun program realiti yang menjadi fenomena, Gegar Vaganza 2O17 bakal mengambil alih slot AF Megastar pada setiap hari Ahad. Terdahulu, juara rancangan Gegar Vaganza telah disandang oleh Ayai Ilusi, Siti Nordiana dan Azharina.

12 Peserta Gegar Vaganza 2017 Hebat – Hebat Belaka!

Nampaknya pada tahun ini Gegar Vaganza 2017 dikatakan bakal menjadi fenomena apabila menampilkan 12 orang peserta yang hebat – hebat belaka. Manakan tidak, jika sebelum ini lagu – lagu mereka telah dinyanyikan oleh ramai penyanyi lagi dan kali ini mereka kembali mengubat rindu peminat – peminat.

12 orang peserta Gegar Vaganza 2017 adalah :

Aishah
Aqasha
Elyana
Ferhad
Firman (Indonesia)
Haida Hafiz
Hazami
Lan Kristal
Liza Hanim
Raja Azura
Syura
Tia Jinbara

Jadi pada pendapat anda, gegar penyanyi manakah yang bakal menjadi juara pada tahun ini? Sama – sama kita nantikan!

Sumber Astro Gempak 

0
like
1
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry

Komen Anda

Previous articleTahniah! Datuk Jalaluddin Hassan Bakal Berkahwin Lagi
Next articleHafiz Hamidun Bergaduh Lagi Dengan Joy?
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress