Sebelum ini kontroversi hebat telah dikaitkan dengan Hafiz Hamidun dan isterinya, Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin apabila perkahwinan mereka dikatakan tidak sah. Status perkahwinan itu telah difailkan oleh Hafiz kerana berasa musykil akan status perceraian Joy dan bekas suami yang dianggap masih lagi tidak bercerai.

Mahkamah memutuskan perceraian Joy Dan Dato Ray Adalah Sah

Semalam, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam telah memutuskan perceraian Joy dan bekas suami,Mohd Rayos Abdul Rahim disahkan jatuh dengan talak satu dua tahun lalu. Ini sekali gus menafikan spekulasi Joy masih berstatus isteri orang ketika beliau berkahwin dengan Hafiz Hamidun pada 1 Mei lalu.

“Subhanallah.. Allahuakbar.. Saya rasa seperti kuasa ajaib Allah swt benar2 membantu saya dlm isu pernikahan saya. Tadi, hari ini bertarikh (10.10.17) Tuan Hakim Mahkamah Syariah Shah Alam telah mengesahkan bahawa cerai saya bersama bekas suami (Ray) telah jatuh 2 tahun yg lalu.. bermakna saya & bekas suami sudah sah cerai 2 tahun yg lalu. Nikah saya dgn “suami” skrg adalah SAH dlm agama islam di Malaysia. Tidak seperti apa yg individu bernama “suami” itu memutar cerita dgn fakta2 yg seolah2 memusuhi & meyalahkan saya..”

Joy Bersumpah Pernah Menjalinkan Hubungan Intim Bersama Hafiz

“Jika orang bertanya, adakah saya mahu teruskan pernikahan saya bersama HH (Hafiz Hamidun) 1,000 kali saya akan katakan tidak kerana bagi saya dia tidak layak jadi seorang suami saya dan keturunan saya nanti”

Tambah Joy, beliau bersumpah bahawa pernah menjalinkan hubungan intim bersama Hafiz namun tidak dapat menjelaskan dengan lebih lanjut demi menjaga aib Hafiz.

Meskipun perkahwinan beliau dan Hafiz adalah sah disi agama, Joy sama sekali tidak akan pernikahannya kerana beliau merasakan Hafiz tidak layak menjadi suaminya selepas pelbagai pertelingkahan yang berlaku yang melibatkan mereka dan juga keluarga.

Hafiz Bidas Kenyataan Joy “Pernah Bersama”

“No, saya menafikan. Tak pernah bersama pun. Sah bercerai hari ini tapi kenapa dia nak cakap perkahwinan dengan saya sah?”

Ujar Hafiz melalui laman Twitter. Kenyataan berikut telah dikeluarkan oleh Hafiz setelah dia menolak dakwaan isterinya, Joy bahawa mereka pernah bersama.

Malah tambah Hafiz,beliau turut meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi kerana urusan mereka di mahkamah masih belum selesai.

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry

Komen Anda

Previous articleInilah 12 Peserta Gegar Vaganza 2017!
Next articleKali Keempat, Aishah Mengaku Berkahwin Lagi
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress