Semalam, tular di media sosial mengenai sebuah gambar darah kotor(haid) yang telah dimuatnaik oleh pengasas dan pemilik Nur Sajat Aesthetic, Nur Sajat Kamarulzaman dimana menurut beliau sedang mengalami proses haid.

Gambar Cetus Kemarahan Netizen

Dek kerana gambar tersebut, rata-rata netizen telah menghentam Sajat kerana mereka berasakan beliau tidak perlu memuat naik gambar berkenaan yang disifatkan sebagai kotor. Menyedari akan sensitiviti tersebut, Sajat bertindak memadam gambar tersebut namun masih tular di media sosial kerana dipercaya netizen terlebih dahulu menyimpan gambar berkenaan.

Sajat Mengaku Itu Hanya Darah Bekam

Andaian beberapa netizen mengenai gambar tersebut adalah gambar darah bekam ternyata benar. Menurut Sajat menerusi live di Instagram nya, beliau tidak ‘period’ sebaliknya gambar yang dimuat naik sebelum ini adalah gambar darah bekam.

Sajat Bakal Bertunang?

Di dalam video live tersebut, Sajat yang bersama teman tapi mesra nya, Coach Yin sempat bergurau dengan mengatakan mereka sedang mencari cincin malah Sajat juga kelihatan sangat gembira memberitahu berita tersebut. Adakah ini juga gurauan Sajat seperti sebelum ini? Terdahulu, Sajat telah memberitahu kepada umum bahawa beliau sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.

0
like
1
love
2
haha
0
wow
0
sad
1
angry

Komen Anda

Previous articleLagu ‘Oh Sayangku’ Pertaruhan Pertama Cikgu Meera
Next articleMulan Jameela Pakai Kebaya, Kenapa Ahmad Dhani Beruntung?
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress