Mulai rapat sejak 4 tahun yang lalu dan kini merancang untuk berkahwin, namun tempoh singkat itu sudah cukup untuk meyakinkan adik bongsu kepada Erma Fatima dan Umie Aida ini untuk memilih jejaka tersebut sebagai bakal pasangan hidup.

Pasangan yang melangsungkan pertunangan di kediaman keluarga mereka itu merancang untuk melangsungkan pernikahan pada Januari depan.

Betty Rahmad, 35 dan Ardy Damis, 30 melangsungkan majlis pertunangan mereka dengan diserikan kehadiran tetamu istimewa yang terdiri daripada keluarga dan teman rapat.

Lebih menariknya, ketika sesi berbincang bersama kedua-dua belah pihak keluarga, Erma memutuskan untuk meminta hanya sebentuk cincin dan senaskhah Al-Quran untuk dijadikan hantaran pernikahan Betty dan Damis.

“Saya rasa cukuplah, itu sahaja permintaan kami iaitu mas kahwin sebentuk cincin dan senaskhah Al-Quran yang sudah dikatamkan sendiri oleh Damis,” Kata Erma

Alhamdulillah. Sikap sebegini seharusnya dicontohi oleh para wanita yang ingin berkahwin kelak. Bukan ingin memuji lebih-lebih, namun sangat jarang untuk menemui wanita yang hanya mahukan senaskhah Al-Quran dan cincin pernikahan sahaja sebagai barang hantaran perkahwinan. Kagum Hangat.com dengan Betty.

Perkahwinan bukan kena berhabis ketika majlis sahaja. Tempoh yang harus ditempuhi selepas pernikahan itu lebih penting. Apa pun, semoga segalanya berjalan lancar buat Betty dan Damis.

Pada majlis pertunangan itu, teman artis seperti Nora Danish, Bella Daly, Sherry Ibrahim  dan Putri Najuwa turut hadir.

1
like
1
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry

Komen Anda

Previous article[GAMBAR] Rumah Ezlynn Kena Pecah & Rompak Oleh Suami Sendiri
Next articleNetizen Bengang Shahir Mara Ke Pusingan Akhir AF Megastar
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.