Lagi cerita mengenai Nur Sajat Kamaruzaman. Jika sebelum ini kami di Hangat.com telah berkongsi cerita mengenai spekulasi netizen mengenai watak maknyah yang dipegang oleh Sajat suatu ketika dahulu di dalam filem Ophilia,kini terbaru menerusi Instagram beliau, Sajat telah umumkan sesuatu mengenai hubungan beliau dan Coach Yin yang kini hangat bercinta.

Tak Sabar Jumpa Ibu Mertua

Menurut Sajat di Instagram nya, beliau kini dalam perjalanan untuk ke Kelantan bagi berjumpa dengan ibu Coach Yin. Tambah Sajat beliau berasa begitu teruja untuk berjumpa dengan ibu teman lelaki nya itu. Sajat juga sempat bergurau dengan Coach Yin, bahawa beliau tidak sabar untuk salam dan cium ibu mertuanya itu.

Mak Mertua Kita Sporting

“Takkan nak pakai begitu jumpa mak mertua.. Mak mertua kita sporting..”

Ujar Sajat. Menurutnya, ibu kepada Coach Yin itu dilihatnya sebagai seorang yang mesra dan turut diakui sendiri oleh Coach Yin. Sebelum ini, mereka berdua pernah bergurau dengan menyatakan sedang menuju ke sebuah destinasi bagi membeli cincin. Malah Sajat melalui sumber dari beberapa portal hiburan turut mengakui bakal mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.

Adakah benar tujuan mereka berjumpa dengan ibu Coach Yin bagi membincangkan mengenai perkahwinan mereka? Sama – sama kita nantikan!

1
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry

Komen Anda

Previous articleAnak Tomok Bakal Jadi Penyanyi
Next articleBapa Zila Bakarin Meninggal Dunia
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress