Ada sahaja gaya dan benda yang ingin ditunjukkan oleh usahawan – usahawan selebriti yang terkenal. Namakan sahaja, Dato Seri Vida, Dato Seri Aliff Syukri dan Dato Nursajat, masing – masing seperti berlumba – lumba bersaing secara sihat bagi mempromosikan produk mereka.

Sajat Tayang Telefon Bimbit Jenama Vertu

Semalam menerusi laman Instagram Sajat, terlihat gambar beliau sedang memegang telefon bimbit bagi menunjukkan waktu beliau sampai ke Kuala Lumpur. Sebelum ini, kami ada menulis mengenai Sajat sedang dalam perjalanan ke Kelantan untuk berjumpa dengan ibu kepada Coach Yin.

Pada pengamatan kami di Hangat.com, telefon bimbit yang dipegang oleh Sajat adalah telefon bimbit mewah jenama Vertu. Telefon bimbit tersebut dipercayai model Orchid Calf yang berharga mencecah € 5’500 (RM 27,503.26)

Namun, Sajat menafikan beliau memiliki telefon bimbit mewah tersebut. Sebelum ini, kami pernah menyiarkan kisah mengenai Datin Paduka Eina Azman yang mendapat hadiah telefon bimbit jenama Vertu berharga RM33,424.90 daripada suami beliau.

Coach Yin Hadiahkan Sajat iPhone 8

Tq ❤️ @coach_yin for this… happy giler😘😘😘😘😘

A post shared by NUR SAJAT PEREMPUAN (@nursajat02) on

Sebelum ini juga tular mengenai Coach Yin yang telah menghadiahkan Sajat iPhone 8. Hadiah tersebut diberi kerana kekasih hatinya itu banyak membantu beliau dalam mengusahakan perniagaan barangan kesihatan sebelum ini. Wah ‘Vertuah’ sungguh Sajat ini ya!

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry

Komen Anda

Previous articleAngkara Sabotaj, Shahir Keluar Dari AF Megastar
Next articleCipta Rekod 5 Juta ‘Followers’! 5 Selebriti Malaysia Ini Juara Instagram
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress