Semalam (25 Oktober 2017), Hangat.com bersama – sama pembaca bertuah kami telah menonton tayangan perdana sekual ketiga filem Thor, Thor : Ragnarok bertempat di GSC Mid Valley. Selain itu, Hangat.com turut menjemput beberapa orang selebriti tanah air bagi menyaksikan filem ini bersama pembaca bertuah seperti Amin Hayat, Jaslin Puasa dan Nazirul Mubin.

Terlalu banyak komedi

 

Berbanding dengan sekual yang sebelumnya, pada hemat kami filem Thor kali ini sarat dengan pelbagai babak komedi sehingga kadang kala terlintas pada fikiran mengenai genre sebenar filem ini. Kami akui aksi yang ditonjolkan tidak kurang hebatnya, namun sifat adiwira sedikit tercalar dengan pelbagai elemen komedi diselitkan pada watak mereka. Ini turut diperakui oleh ulasan beberapa orang penonton termasuk dari Amin Hayat sendiri.

Sinopsis Thor : Ragnarok

Filem Thor : Ragnarok kali ini juga adalah sambungan bagi Avengers :Age of Ultron dimana dalam filem kali ini ianya menceritakan mengenai Asgard yang telah diancam musuh yang juga merupakan kakak kepada Thor dan Loki, Hela. Bagi menyelamatkan Asgard, Thor telah bertarung dengan Hela akan tetapi tukul besinya telah hancur dimusnahkan Hela dan seterusnya terjatuh di dimensi lain.

Bagi terus menyelamatkan Asgard dari Hela dan pertembungan para dewa ( Ragnarok) Thor dikehendaki melawan sahabatnya, Hulk di dalam prtarungan gladiator. Untuk ketahui apakah kesudahannya, anda bolehlah menonton filem ini bermula hari ini.

Pesanan kami, pastikan anda tunggu sehingga ke penghujung filem kerana terdapat dua sekual filem seterusnya bakal ditunjukkan. Selamat menonton!

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry

Komen Anda

Previous articleEmma Maembong Sudah Ada Teman Lelaki Baru?
Next articlePembantu Peribadi Datuk Seri Vida Dipecat?
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress