Lara Alana bukanlah lagi satu nama yang asing dalam dunia hiburan. Tersenarai sebagai antara kanak – kanak yang paling popular di Malaysia, ibu bapanya yang juga pelakon, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya sedikit sebanyak menumpang tuah anak mereka.

Netizen Anggap Lara Lambat Berkembang

Sebelum ini, netizen sibuk ‘menghukumi’ Lara dengan pelbagai tohmahan yang diberi. Ada yang menganggap kanak- kanak ini Autism dan yang terbaru ada pula komen yang melihat perkembangan Lara lambat berkembang berbanding kanak – kanak lain.

Dek kerana beberapa pihak yang dilihat cuba menasihati keluarga ini, ruangan komen Instagram milik Awal Ashaari dibanjiri komen – komen netizen mengenai hal tersebut.

Awak Kenal Sangat Ke Family Saya?

Walaupun komen netizen tersebut hanyalah berunsurkan nasihat, namun Awal dan Scha terpanggil untuk membalas komen berkenaan. Jelas terlihat pada komen mereka berdua yang sedih dengan komen tersebut. Mungkin ada benar nya seperti yang diperkatakan oleh Scha kerana tidak perlu semua benda kita kongsikan di media sosial walaupun dikenali sebagai selebriti.

Bagi kami di Hangat.com mungkin ada kalanya netizen terlalu prihatin dengan selebriti kesayangan mereka. Diharap Lara akan membesar menjadi seorang anak yang solehah dan pintar suatu hari nanti.

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry

Komen Anda

Previous article6 Selebriti Ini Pernah Ditangkap Atas Tuduhan Jenayah
Next article3 Puteri Diraja Ini Sebenarnya Anak Kepada Pelakon Veteran Terkenal
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress