Khabar baik buat semua penggemar filem Ayat Ayat Cinta. Selain akan dibuat kembali kisah selanjutnya filem ini, MD Entertainment memberitahu akan mengadakan konsert untuk filem yang box office di Indonesia sepuluh tahun lalu.

Hal tersebut diumumkan oleh penerbit filem Ayat Ayat Cinta 2 sekaligus penerbit MD Entertainment, Manoj Punjabi di sesi bertemu media dan pelancaran OST filem ini di Jakarta semalam. (2/11/2017)

“Kami akan mengadakan konsert Ayat Ayat Cinta 2 pada 21 Disember mendatang. Itu salah satu surprise juga dari kami,” ujarnya.

Namun, Manoj Punjabi belum bersedia memberi info yang lebih dalam mengenai konsert tersebut. Namun, khabar itu pun disambut baik oleh Isyana Sarasvati yang juga turut mengisi soundtrack filem yang akan dilakonkan oleh Fedi Nuril tersebut.

Selain Isyana Sarasvati, Krisdayanti dan Rossa juga akan mengisi soundtrack untuk sekuel filem yang diadaptasi dari novel karya Habiburahman El Shirazy itu.

Sumber Liputan6

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry

Komen Anda

Previous articleWani Tidak Kisah Bantu Ibu Di Pasar
Next articleHebat! Ini Adalah 5 Adik Beradik Selebriti Paling Popular Di Dunia
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.