Malam Anugerah Skrin 2017 khabarnya didominasi oleh drama Pesan dari Tuhan dan filem Hanyut yang memperoleh pelbagai anugerah yang dimenanginya dalam ASK2017

Pesan Dari Tuhan Bolot 4 Anugerah

Kemenangan telefilem arahan Erma Fatima ini bukan sahaja dinobatkan sebagai drama terbaik malah turut membolot tiga anugerah lain iaitu kategori Pengarah Terbaik,Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama yang disandang oleh Remy Ishak dan Lakon TV Terbaik yang turut dimenangi Erma.

Erma Beri Pujian Kepada Pelakon

 

Ketika berucap di atas pentas ASK2017, ternyata kenyataan yang dikeluarkan oleh Erma membuatkan semua pelakon memberi tepukan kerana beliau menganggap pelakon – pelakonnya walaupun tidak terkenal namun mereka memberi yang terbaik dan bukanlah berlakon hanya kerana wang semata – mata. Sebaliknya mereka berlakon kerana minat yang mendalam

Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2017

Drama Terbaik – Pesan Dari Tuhan
Pengarah Terbaik – Erma Fatima
Lakon TV Terbaik – Erma Fatima
Filem Terbaik – Hanyut
Pengarah Terbaik Filem – U-Wei
Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Hasnul Rahmat
Pelakon Wanita Terbaik Drama – Fasha Sandha
Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Khir Rahman
Pelakon Wanita Terbaik Filem – Sangeetha
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama – Remy Ishak
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama – Azizah Mahzan
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Khalid Saleh
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Diana Danielle
Lakon Layar Terbaik – U-Wei
Pelakon Komedi Terbaik – Ellie Suriaty
Drama Rantaian Terbaik – My Sweet Lavendar
Drama Komedi Terbaik – Budak Ijat
Rancangan Majalah Terbaik – Misi Kemanusiaan Pulau Cebu
Rancangan Realiti Terbaik – Mentor Milenia 2017 (Akhir)
Rancangan Anugerah Terbaik – Anugerah Juara lagu 31

1
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry

Komen Anda

Previous articleCerita Kai EXO Nyaris Mati Dihempap dalam Lift
Next article[VIDEO] Shila Amzah Dikecam Tiada Adab Ketika Acara Sarung Cincin?
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress