Barisan selebriti yang terjun ke dunia perniagaan semakin hari semakin bertambah. Selain perniagaan pakaian, makanan yang tengah trending, ramai juga artis yang menceburi bidang produk penjagaan diri. Dan salah satu produk yang menjadi pilihan selebriti  adalah menghasilkan parfum jenama sendiri.

Jangan ingat selebriti Hollywood, seperti David Beckham sahaja yang boleh ada parfume jenama sendiri. Di Malaysia, ramai sahaja yang mengikut jejak mereka mencipta haruman sendiri untuk hasilkan produk wangian.

Nah, berikut 5 Selebriti lelaki Tanah Air yang terjun ke dunia pernigaan parfum seperti dirangkum hangat.com dari berbagai sumber.

1.Khai Bahar

Khai Bahar telah mengorak selangkah ke hadapan dengan berkolaborasi dengan Rises Perfumes untuk menghasilkan parfum Wangian Bayang dimana dutanya adalah beliau sendiri. Nama perfume ini diambil sempena lagu hits beliau iaitu “Bayang oleh Khai Bahar”.

Aroma “Bayang” adalah hasil daripada inspirasi gaya hidup remaja dan direka khas untuk peminat Khai Bahar, di mana mereka menggunakan tumbuhan Patchouli yang menghasilkan bau yang unik dan eksotik “Bayang”.

2.Awal Ashaari

Pasangan selebriti paling berpengaruh, Awal Ashaari dan Scha Alyahya membawakan sebuah lagi buah tangan untuk tahun 2017 iaitu dua minyak wangi mereka yang diberi nama Bléu dan Maroòn.

Bléu ‘Si Penarik Perhatian’ adalah wangian daripada Awal yang mana ia mempunyai aroma maskulin. Ia menggabungkan pelbagai jenis tumbuhan untuk menghasilkan haruman itu. Dengan menggunakan pati minyak cedar, ia mampu bertahan lebih lama sepanjang hari.

3.Amin Hayat

Penyampai berita TV9 , Aminhayat Abdul Rahim juga antara selebriti yang memiliki produk minyak wangi jenamanya sendiri, “The Anchor Number 9”. Nama unik “The Anchor No. 9” telah dipilih kerana ianya memberi makna yang tersendiri.

“The Anchor No.9” dihasilkan menggunakan bahan yang terbaik, aroma sitrus dan kayu menjadi wangian yang sempurna untuk lelaki. Kejayaan beliau menghasilkan jenama tersendiri ini membuatkan beliau penyampai berita pertama di Malaysia yang menghasilkan jenama wangian peribadinya.

The Anchor No.9 hanya terdapat dalam 65ml eau de parfum dan harganya amat berpatutan ialah berjumlah RM88.

4.Remy Ishak

Pelakon Remy Ishak juga mempunyai produk minyak wangi keluarannya iaitu RUMI. RUMI dikeluarkian oleh RISA Team Global (RISA) di bawah label syarikat miliknya iaitu By Remy Ishak yang dijual pada harga RM49.90 sebotol pada kandungan 35 ml.

Pati wangian ini didatangkan khas dari Paris dengan serapan bau bunga-bungaan untuk haruman wanita dan kayu-kayuan untuk menyerlahkan lagi imej maskulin bagi lelaki.

5.Bunkface

Bunkface yang dianggotai oleh Sam, Youk dan Paan mempunya minyak wangi keluaran pertama mereka, Bunkface Revolution. Bau wangian Bunkface Revolution ini dipilih sendiri  oleh mereka bagi mendapatkan bau yang sesuai.

Bunkface Revolution dikeluarkan dalam dua versi iaitu For Him untuk lelaki dan For Her untuk wanita. Produk wangian mereka sudah pun berada di pasaran sejak Februari lalu dan mendapat sambutan hangat daripada peminat. Wangian tersebut dijual pada harga RM39.90.

Jadi yang mana pilihan anda?

 

1
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry

Komen Anda

Previous articleFathia Latiff Dilabel Sebagai Artis Tiada Modal
Next articlePereka Fesyen Ini Ubah Imej Datuk Ramli MS Nampak Lebih Muda
Iskandar Lee
Menceburi dunia hiburan lebih 10 tahun dan suka fesyen. Terbiasa untuk mengkritik tentang kehidupan selebriti.