Nampaknya juri tetap pertandingan Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Datuk Ramli MS atau lebih mesra dipanggil Tok Ram sering mendapat perhatian kerana jenakanya yang suka mengusik kedua-dua pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse di pentas.

Selain memberi kritikan dan pandangan terhadap peserta, penampilan Tok Ram juga selalu mendapat pujian. Tok Ram sering tampil dengan imej lebih muda rekaan fesyen yang terkini. Mesti ramai yang tertanya-tanya siapakah yang bertanggungjawab menggayakan Tok Ram dan siapakah mereka pakaian Tok Ram setiap minggu.

Syafieq Ayman mungkin tidak sepopular pereka fesyen yang lain, namun sebelum ini, namanya menjadi tular dengan rekaan pakaian Alyah yang membuatkan ada segelintir netizen menyamakannya dengan rahib serta hantu Valak di dalam filem The Conjuring 2.

Selain Alyah, selebriti lain yang mendapat khidmat beliau sebagai pereka fesyen ialah Ayda Jebat, Erra Fazira dan ramai lagi.

Menariknya semua pakaian rekaan Syafieq sangat bersesuaian dan boleh digayakan lelaki berusia seperti Tok Ram namun masih nampak bergaya. Tak mustahil lah kini Tok Ram nampak lebih kacak dan bergaya.

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry

Komen Anda

Previous article5 Parfum Jenama Selebriti Lelaki Malaysia Yang Laris & Wangi
Next articlePelakon Remaja Ditahan Kerana Dadah!
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.