Tahun 2017 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Sepanjang tahun ini pelbagai drama tanah air berjaya mencatatkan rating mereka sendiri sehingga mencetuskan fenomena nya tersendiri. Antara faktor sumbangannya adalah dari keserasian pasangan drama tersebut. Berikut Hangat.com tampilkan 5 pasangan yang dianggap secocok dalam drama yang mereka lakonkan;

1. Fattah Amin Dan Fazura (Hero Seorang Cinderella)

Hero Seorang Cinderella merupakan sebuah drama bergenre cinta berbahasa Melayu yang mula ditayangkan pada 22 Mei 2017. Drama yang diadaptasi daripada novel karya asal Anjell menampilkan Fattah Amin sebagai Tengku Ian Uzzam dan Nura Medina oleh Nur Fazura. Siapa sangka daripada keserasian mereka, kini cinta telah berputik dan rata – rata peminat menunggu khabar gembira dari pasangan FattZura ini.

2. Zul Ariffin Dan Farah Nabilah (Titian Cinta)

Drama bersiri yang menjadi bualan ramai, Titian Cinta mencatat 11 juta penonton apabila ia menemui peminat slot Akasia di TV3, baru-baru ini. Drama yang diangkat daripada novel karya Ridhya Iman itu menyaksikan episod akhirnya ditonton oleh 4.3 juta orang.

Menampilkan pelakon utama seperti Zul Ariffin dan Farah Nabilah, Titian Cinta yang diterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures adalah hasil arahan Heykal Hanifah mencetuskan fenomena nya tersendiri apabila ada penonton yang turut menangis kerana drama ini sudah berakhir.

3. Idris Khan Dan Raysha Rinzroe (Pinggan Tak Retak,Nasi Tak Dingin)

Meskipun pertama kali digandingkan bersama, ternyata pasangan ini kelihatan sangat romantik dalam drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin. Malah keserasian mereka menjadikan drama ini trending setiap kali ditayangkan. Sweet!

4. Shukri Yahya Dan Nina Iskandar (Andainya Takdir)

Lakonan mereka di dalam drama Andainya Takdir tular dan hangat diperkatakan netizen. Diangkat dari kisah benar,drama itu menaikkan kemarahan netizen kononnya sikap panas baran lakonkan Shukri Yahaya tidak berasas termasukah watak Nina Iskandar yang masih mengharapkan cinta lelaki walaupun didera.

5. Kamal Adli Dan Zahirah Macwilson (Duda Pujaan Dara)

Panas! Itulah yang Hangat.com boleh katakan mengenai drama ini. Dek kerana keserasian Kamal dan Zahirah di dalam drama Duda Pujaan Dara, kontroversi hebat terus melanda melibatkan empat penjuru diantara Kamal Adli, Emma Maembong, Zahirah Macwilson dan Zul Ariffin.

Lebih mengejutkan, Emma mengambil keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan Kamal, manakala Zahirah dan Zul hubungan mereka kini dikatakan sedang retak. Apakah kesudahannya? Diharap pengakhirannya baik-baik sahaja.

 

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry