Hubungan mesra diantara usahawan selebriti, Nur Sajat Kamaruzzaman atau lebih mesra disapa sebagai Sajat dengan Coach Yin tidak boleh disangkal lagi. Bermula sebagai rakan perniagaan, kini bibit – bibit cinta mula diantara mereka.

Simpan Sikit Bodoh Kau Tu! – Coach Yin

Terbaru, Coach Yin telah memuat naik gambar beliau bersama – sama anak angkat Sajat. Dalam masa yang sama, beliau turut berharap dapat membesarkan bakal anak – anaknya itu menjadi anak yang soleh dan solehah. Namun begitu, seperti yang dijangkakan pasti akan ada netizen – netizen yang komen mengundang amarah buat si pembacanya.

Dek kerana dituduh memiliki anak angkat tidak ada kelas, Coach Yin sedikit terasa dengan komen tersebut lalu tampil mengherdik netizen tersebut dengan menganggap orang seperti layak untuk diherdik sedemikian rupa.

Bakal Berkahwin

Kami di Hangat.com percaya Coach Yin seorang yang penyabar kerana ini bukanlah kali pertama beliau dilemparkan dengan pelbagai tuduhan. Akan tetapi jika melibatkan anak -anak kecil yang tidak berdosa, kami pasti  anda pun akan turut terkesan bukan?

Terdahulu, Sajat pernah menyuarakan hasratnya untuk mengikat ikatan yang sah dengan jurulatih kecergasan itu. Kami harap semoga perkahwinan Sajat dan Coach Yin kelak dapat menutup mulut netizen yang selalu mengecam mereka.

1
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry

Komen Anda

Previous articleUntuk Peminat Superhero 10 Filem Ini Menanti Anda Pada 2018
Next articleResepi Olahan Kambing Jadi Sedap, Empuk Tak Hanyir
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress