Tahniah Hangat.com ucapkan buat pelakon Datuk Jalaluddin Hassan yang selamat bernikah dengan wanita pilihannya,Rapidah Abd Ghani, 44 hari ini.

Bernikah Dengan Adik Kawan Baik

Pasangan ini sah disatukan sebagai suami-isteri pada pukul 10.55 pagi dalam upacara akad nikah serba ringkas yang dihadiri kawan rapat dan ahli keluarga di Masjid Bandar Tun Hussien Onn di sini.

Sebelum ini, Hangat.com pernah membawa kisah menarik mengenai Jalaluddin dan isterinya ini apabila wanita yang berjaya menawan hatinya adalah adik kepada kawan baiknya sendiri. Malah Jalaluddin dan Rapidah dinikahkan oleh abang kepada pengantin perempuan iaitu Lokman Abd Ghani yang juga penggiat teater dan pengarah dihadapan Penolong Pendaftar Nikah dan Imam Masjid Bandar Tun Hussien Onn iaitu Mohd Faisal Mohd Noor.

Tolak Tajaan, Hadiahkan Kerusi Urut Hantaran

Menariknya lagi mengenai pernikahan mereka, tidak seperti kelaziman hantaran iaitu bunga dan pelbagai hantaran, Jalaluddin memberi isterinya hantaran berupakan kerusi urut berharga RM 20,000 selain 4 hantaran lain dan pihak perempuan pula membalas dengan tujuh dulang hantaran.

“Dia memang memerlukan kerusi urut itu kerana banyak membuat kerja-kerja rumah . Dengan adanya kerusi urut, senang untuk dia beristirehat,”

Dalam sumber lain, Jalaluddin turut menolak pelawaan tajaan diberikan pelbagai pihak untuk majlis perkahwinannya bagi menghormati kenangan bersama arwah isterinya, Datin Hashimah Aksan.

“Saya lebih selesa untuk berkahwin dengan mengutamakan apa yang wajib saja kerana saya berpisah dengan isteri pun bercerai mati. Jadi, saya tidak mahu majlis ini terlalu meriah,”

Apapun sekali lagi tahniah buat Jalaluddin Hassan dan Rapidah! Ternyata wajah isterinya itu begitu berseri dan ramai yang memuji kecantikannya.

Gambar Berita Harian 

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry

Komen Anda

Previous article5 Gambar Mesra Afgan Dan Rossa Ini Bukti Bakal Berkahwin?
Next articleFarah Quinn Teruja Makan Sperma Ikan! Apa Rasanya?
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress