Macam-macam cara orang nak hilangkan stress jika keadaan terlalu tertekan dengan bebanan kerja. Seperti anak kepada pelakon veteran popular Normah Damanhuri ini.

Jika sebelum ini banyak video memaparakan wanita ini menari goyang pinggul secara terbuka, kini Liana Rosli atau mesra dipanggil Kak KM kongsi tips untuk lupakan kekasih lama. Dalam video ini Kak KM menegaskan, kalau nak lupakan kekasih lama bukanlah mudah, kecuali jika seseorang itu mengalami kemalangan, maka hilang segala ingatan lama.

Walaupun hidup mesti diteruskan, tetapi hati dan fikiran masih tetap teringat pada si dia. Orang yang pernah kita sayang, orang yang pernah kita gaduh, orang yang pernah kita mengusik dan bermanja. Bukan mudah untuk melupakan semuanya, kan?

Tanpa rasa segan dengan aksi goyangnya, Liana Rosli tampil bakatnya menari yang lebih menggiurkan dalam Instagram. Lihat video di bawah.

Menerusi video di Instagram berdurasi 45 saat, sehingga Hangat.com menulis artikel ini, video ini mempunyai lebih 61,000 tontonan.

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry

Komen Anda

Previous articleFarah Quinn Teruja Makan Sperma Ikan! Apa Rasanya?
Next articleAJL32: Syamel Pertaruhkan 2 Lagu Di Final Anugerah Juara Lagu
Iskandar Lee
Menceburi dunia hiburan lebih 10 tahun dan suka fesyen. Terbiasa untuk mengkritik tentang kehidupan selebriti.