Akhirnya terjawab sudah apabila semalam diumumkan senarai 12 buah lagu bakal berentap di Final Muzik-Muzik ke-32 (SFMM32) untuk merebut gelaran selaku pemenang Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32).

Sebanyak 10 buah lagu akan dipersembahkan setiap minggu selama tiga minggu berturut-turut bermula pada 29 Oktober lalu dan yang disiarkan secara langsung menerusi saluran TV3 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Berikut adalah senarai lagu-lagu yang berjaya ke final:

Sejati – Faizal Tahir /Mike Chan.

Tergantung Sepi- Hakim Rusly

Jampi – Hael Husaini , Ezra Kong.

Separuh Mati Ku Bercinta-, Dayang Nurfaizah, Ajai .

Amboi – Altimet .

Lebih Sempurna– Syamel

Aku yang Sebenar – Hazama, M Nasir, Ad Samad.

Akhirnya Cinta – Salma . Ajai

Menahan Rindu – Wany Hasrita. -Ibnu Goufran

Aku Cinta – Syamel, Ernie Zakri -Syamel.

Bayang- Khai Bahar, Patrick Anohada.

Ara Johari – Warkah Untukku. Hang Nadim, Araq.

Tahniah buat semua peserta yang dapat ke final. Kali ini lebih bermakna buat Syamel kerana bakal mempertaruhkan dua lagu sekaligus iaitu Lebih Sempurna dan lagu Duet bersama Ernie Zakri, Aku Cinta.

Foto Rasmi: RAKF @kakifoto_ 

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry