Sebelum ini, ramai yang menjangkakan Raja Azura atau lebih mesra disapa sebagai Kak Engku bakal tersingkir pada minggu pertama.

Raja Azura Buktikan Masih Mampu Menyanyi

Namun jangkaan para mereka tidak tepat kerana penyanyi, pelakon dan juga pengacara itu berjaya mara ke minggu ketiga sekaligus menolak dakwaan ramai bahawa beliau tidak mampu bernyanyi. Kak Engku juga pada mulanya terkejut kerana beliau menganggap dirinya akan menjadi peserta pertama yang tersingkir sebaliknya Ferhad meninggalkanya pentas itu buat kali pertamanya.

Doa Termakbul

Pada minggu ketiga yang bertemakan ‘Berani Ke Tidak’, konsert ketiga ini menyaksikan Liza Hanim menduduki tempat pertama dengan markah sebanyak 83.40%. Dan seperti yang ‘didoakan’ oleh netizen untuk melihat Kak Engku tersingkir akhirnya termakbul kerana beliau diumumkan sebagai peserta kedua yang tersingkir. Bagi kami Kak Engku seorang yang verstail! Disenaraikan sebagai peserta Gegar Vaganza pun sudah mencukupi untuk menunjukkan kredibiliti beliau.

Kedudukan Peserta Gegar Vaganza Minggu Ketiga

1. Liza Hanim – 83.40%

2. Firman Siagian – 77.60%

3. Lan Kristal – 77.60%

4. Hazami – 75.60%

5. Tia Jinbara – 75.60%

6. Aishah – 75.40%

7. Syura – 73.8%

8. Haida – 71.8%

9. Aqasha – 63.4%

10. Elyana – 61.4%

11. Raja Azura – 61.2%

Gambar Instagram Raja Azura & Gegarvaganzaofficial

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
1
angry

Komen Anda

Previous articleAJL32: Syamel Pertaruhkan 2 Lagu Di Final Anugerah Juara Lagu
Next articleMia Ahmad Bagi Pesanan Padu Buat Mak Cik Bawang
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress