Lagi mengenai separuh akhir Muzik-Muzik 32. Tidak lagi mengenai lagu-lagu yang bertanding, namun ada sesuatu yang menarik disebalik kegembiraan para finalis yang berjaya mara ke AJL 32.

Zip Seluar Khai Bahar Terbuka

Malam tadi menyaksikan Khai Bahar yang menyanyikan lagu Bayang berjaya melayakkan diri ke pentas berprestij AJL 32 pada Februari hadapan. Akan tetapi di media sosial selain bercakap mengenai kejayaan beliau ke AJL, mereka turut memperkatakan mengenai zip seluarnya yang kelihatan seperti terbuka sedikit.

Bagi kami di Hangat.com itu adalah perkara biasa kerana sememangnya seluar begitu kadang kala direka sedemikian rupa. Ditambah pula Khai memang memakai seluar ‘tuck-in’ mungkin para peminat lebih perasan penampilannya yang sedikit berlainan dari kebiasaan.

Bolot 5 Anugerah

Bermula dari aplikasi Smule, sejak itu nama Khai Bahar mula jadi sebutan. Jika ramai yang menganggap ‘artis segera’ tidak berkualiti, ternyata mereka salah kerana Khai bukan sahaja mengungguli popularitinya malah pelbagai kejayaan anugerah turut dicapainya termasuk lima anugerah yang dimenanginya baru-baru ini iaitu Anugerah MeleTOP ERA 2017 menerusi kategori Artis Baru MeleTOP, penyanyi Lelaki Popular, Artis Baharu Popular, Anugerah Planet Muzik (APM) 2017- Lagu Paling Popular APM menerusi lagu Bayang dan Artis Paling Popular APM. Tahniah diucapkan kepada Khai Bahar! Adakah lagu Bayang bakal menjuarai Anugerah Juara Lagu 32? Sama-sama kita nantikan.

1
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry