Selain khabar gembira artis menerima cahaya mata, berita artis mengerjakan Umrah juga tidak terlepas dari perkhabaran peminat mereka. Khabarnya empat artis ini bakal mengerjakan Umrah pada hujung November ini. Siapakah mereka? Hangat.com bawakan senarai empat artis tersebut.

1. Fattah Amin

Ketika teka-teki hubungan beliau dan Fazura masih lagi menjadi teka- teki, Fattah Amin membawa perkhabaran bakal mengerjakan umrah bersama keluarganya pada 15 November ini. Fattah dan keluarganya akan ke sana selama 10 hari. Nampaknya, sunyilah sebentar berita hangat mengenai Fattah nanti.

2. Khai Bahar

Impian penyanyi Khai Bahar untuk membawa ibu dan bapanya menunaikan umrah bakal tercapai tidak lama lagi. Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, 23, berkata dia menyimpan impian tersebut sejak mula menceburi bidang seni. Tambahnya, perancangan sepatutnya pada tahun hadapan namun dia diberi rezeki awal selepas menerima tawaran daripada badan kemanusian Syria Care Malaysia pada bulan Mei lalu.

3. Aiman Tino

Berita gembira tersebut dikongsi Aiman dimana beliau bakal berangkat ke Mekah pada hujung bulan ini bersama ibu bapanya. Makin murah rezeki Aiman ya!

“Alhamdulillah, sudah lama saya berniat nak tunaikan umrah dan akhirnya impian saya ini tercapai. Lebih manis lagi, saya ke sana bersama ibu dan ayah”

4. Fazura

Masih tidak dipastikan lagi samada aktres jelita ini akan mengerjakan umrah atau tidak. Berita ini mula tersebar apabila terdapat dakwaan bahawa Fazura bakal mengerjakan umrah bersama Fattah.

“Saya memang akan menunaikan umrah bersama keluarga tetapi dakwaan saya pergi bersama Fazura itu kena tanya dia sendiri. Saya menyerahkan urusan umrah kepada pengurus untuk menguruskannya,”

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry