Malaysia tersenarai sebagai sebuah negara yang menggunakan Internet paling banyak dalam Asia.Menyedari hal itu, pelbagai pakej menarik dengan kelajuan yang pelbagai telah ditawarkan oleh kebanyakan syarikat telekomunikasi di negara ini.

ViewQwest Pesaing TIME

Setakat hari ini, dari segi pengamatan kami TIME Fibre mengungguli carta jalur lebar berkelajuan tinggi di Malaysia dengan menawarkan kelajuan serendah 100Mbps dan tertinggi 500 Mbps.Harganya juga serendah RM158 sebulan. Hari ini kedudukan tersebut mungkin telah dicabar oleh ViewQwest yang menawarkan jalur lebar tinggi dengan kelajuan 100Mbps dengan hanya RM148.

Hanya Di Setia Eco Glades Cyberjaya

Walaupun harganya sedikit murah berbanding TIME, akan tetapi buat masa ini ianya hanya ditawarkan di sekitar Setia Eco Glades di Cyberjaya sahaja dan mungkin diperluaskan secara berperingkat. Tidak terhad dengan 100Mbps, ianya juga ditawarkan 300Mbps pada harga RM188 dan 500Mbps pada harga RM298 sebulan. Berbanding kebanyakan kontra telco, bagi ViewQwest hadir dengan kontrak selama 20 bulan dan diharap mereka akan turut meluaskan kawasan jaringan mereka di tempat lain juga.

Sumber : ViewQwest

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry

Komen Anda

Previous articleSelain Fattah Amin, 3 Artis Ini Turut Mengerjakan Umrah November Ini
Next article[VIDEO] Wow! Kostum Iron Man Dunia Nyata Pecahkan Rekod Terbang
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress