Pencipta kostum “Iron Man” dalam dunia nyata, Richard Browning, baru sahaja mengukir namanya di buku rekod dunia Guiness. Ini kerana kostum ciptaannya itu berjaya memecahkan sebuah rekod terbang dengan pantas.

Kostum “Iron Man” yang diberi nama Daedalus ini sendiri memiliki sejumlah mesin jet kecil yang dapat dikendalikan dengan tangan.

Keseluruhan ada enam buah mesin jet turbin, masing-masing mampu menghasilkan (thrust) sebesar 22 kg. Tiga di antaranya dipasang di tangan kanan, tiga lainnya di kanan kiri. Empat diantaranya di pasangkan di bagian lengan kiri dan kanan, sedang dua lainnya dipasang di pinggul.

Rekod ini dipecahkan di atas danau Lagoona Park pada perayaan Guiness World Records Day, 9 November lalu. Kostum Daedalus menerbangkan Browning di atas permukan air, melintasi jarak 100 meter dengan kelajuan 51,53 km/ jam.

Browning pun dianugerahi gelaran pemegang rekod kepantasan tertinggi untuk kategori “kostum bermesin jet yang dikendalikan tubuh”.

Selain enam mesin jet mini, Daedalus turut dilengkapi Heads-Up Display (HUD) di depan mata yang menampilkan informasi vital seperti jumlah bahan bakar dan indikator mesin.

Seperti apa aksi Browning saat menerbangkan dengan kostum Daedalus? Jom lihat videonya dalam tayangan di bawah.

Sumber The Economic Times

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry

Komen Anda

Previous articleLagi Murah! Internet Berkelajuan 100Mbps Cuma RM148
Next article5 Gambar Wajah Penata Rias Ini Persis Vicha Gegar Vaganza
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.