Selesai sudah pengumuman Finalis untuk Anugerah Juara Lagu yang ke 32 yang akana berlangsung pada Februari tahun depan. Akan tetapi disebalik pengumuman keputusan akhir tersebut, ada sahaja reaksi peminat yang tak berpuas hati dengan keputusan juri yang memilih muka-muka baharu bertanding dalam pertandingan berprestij itu.

Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana yang dijangka bakal menjadi juara AJL32 namun tidak berjaya terpilih ke pentas final. Walaubagaimanapun, bagi Nana, ini bukan lah sebuah kegagalan beliau dalam menyusun langkah di dunia hiburan.

Menurut laporan dari BH Online, Nana memberitahu walaupun gagal ke AJL32, beliau menyifatkan peluang bersaing di pentas separuh akhir sudah cukup besar buatnya, apatah lagi Terus Mencintai ialah lagu pertama ciptaan beliau.

“Sebenarnya, saya hasilkan apa yang peminat suka kerana merekalah yang akan mendengar lagu saya.

“Saya pula tidak sesekali menghasilkan lagu dengan harapan untuk ke pentas AJL. Harapan saya cuma satu, agar lagu itu mampu menarik perhatian orang ramai,” 

Peringkat separuh akhir itu diadakan selama tiga minggu bermula 29 Oktober lalu dan kesemua lagu bertanding diadili oleh juri profesional. Mereka adalah AG (Coco), Azmeer, Edrie Hashim, Helen Yap, LY, Pak Ngah manakala Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri.

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
1
angry

Komen Anda

Previous articleIkut Berlari! Telatah Raja Nazira Safya & Raja Azlan Yang Mencuit Hati
Next articleBiar Betul! Penyanyi Dangdut Ini Mempromosikan Judi Online?
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.