Masih lagi mengenai keputusan separuh akhir Muzik Muzik yang diumumkan pada Ahad lepas. Jika sebelum ini kami telah tulis mengenai dakwaan peminat mengenai lagu yang tidak layak bertanding dalam Anugerah Juara Lagu akan datang, rupa-rupanya perasaan kecewa turut diluahkan salah seorang penyanyi yang bertanding dalam pertandingan itu.

Ayda Jebat Kecewa Lagu Tidak Tersenarai

Penyanyi yang dimaksudkan adalah Ayda Jebat. Pada pusingan separuh akhir itu, Ayda telah membawa lagu Mata beserta koreografi yang pada hemat kami cukup bertenaga! Akan tetapi nasib tidak menyebelahinya, kerana lagu tersebut tidak tersenarai untuk bertanding pada pentas Juara Lagu 32. Kekecewaanya itu turut dikongsikan bersama peminatnya dia Instagram.

Kena Baik Dengan Juri Baru Terpilih

Dalam masa yang sama, Ayda turut memberi komen balas peminat – peminatnya dan mendakwa seolah-olah barisan juri seperti pilih kasih dan tidak menyukai beliau.

“Well kena baik dengan juri or producer dulu kot baru boleh masuk..”

Sebelum ini, lagu-lagu yang dijangka mara ke Juara Lagu 32 seperti Terus mencintai dari Siti Nordiana, Akim & The Majistret dengan Lagu Untuk Laila dan Aizat Amdan Jangan Menangis turut mengejutkan ramai peminat kerana nasib juga tidak menyebelahi mereka untuk ke pusingan seterusnya.

Netizen Anggap Lagu Ayda Seperti Sampah

‘”Hello Ayda Jebat, setakat menang anugerah kategori popular 4-5 ketul tu boleh tak jangan perasan bagus, berangang tak tentu hala..Dengan lagu sampah, lirik syok sendiri, suara hauk ke laut dalam..masuk semifinal pun kau dah patut bersyukur oi..”

Begitulah antara komen yang diberikan oleh netizen kepada Ayda selepas beliau meluahkan rasa kecewanya itu.


Pada kami, kekecewaan yang terpancar mungkin kerana Ayda telah bertungkus lumus dan menaruhkan harapan yang tinggi untuk lagu. Apapun, kepada Ayda Jebat jangan bersedih mungkin dalam pertandingan akan datang, rezeki akan menyebelahi anda.

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry