Masih terbayang lagu-lagu Inggeris popular seperti Wannabe, Viva Forever, My Love dan Flying Without Wing dendangan Kumpulan Spice Girls dan Westlife yang meniti usia zaman kanak-kanak sekitar 90.

Victoria Beckham Setuju Sertai Semula Spice Girl

Berita baik untuk kanak-kanak dan remaja 90-an! Kumpulan Spice Girls yang dianggotai oleh Melanie Brown (“Scary Spice”), Melanie Chisholm (“Sporty Spice”), Emma Bunton (“Baby Spice”), Geri Halliwell (“Ginger Spice”), dan Victoria Beckham (“Posh Spice”) dikhabarkan bakal bersatu semula dan akan adakan konsert jelajah mereka pada Februari tahun hadapan. Berita gembira ini telah pun disahkan dan ‘orang paling sibuk’ dalam kumpulan tersebut, Victoria juga telah bersetuju untuk sertai mereka dalam konsert itu.

Westlife Turut Kembali!

Menerusi sumber dari Hype.my pula, sebuah lagi kumpulan evergreen 90-an , Westlife juga berkongsi khabar gembira yang sama apabila bekas pengurus yang juga juri X-Factor telah mengumumkan reunion ahli kumpulan ini, Mark Feehily, Shane Filan, Nicky Byrne, dan Kian Egan pada tahun hadapan. Malah khabar angin turut mengatakan bekas ahli kumpulan ini, Brian Mcfadded akan turut sertai boyband ini.

Jika benar mengenai berita ini, dunia bakal menyaksikan kemunculan semula dua kumpulan paling popular di dunia ini pada pada tahun hadapan!

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry