Masih ingat dengan kisah seorang lelaki yang membuat kejutan hari lahir kepada kekasih hatinya, dengan menaiki dan tahun berikutnya menaiki kapal mewah pula?

Bila wedding dah nak dekat ni, mula lah teringat surprise or moment yang aku dah buat untuk family & My future wife . Tak sangka aku dapat create moment yg macamni, usaha yang aku tabur untuk family & wanita yang aku pilih sebagai calon isteri . Bila dikecam, dihina. Aku diam dan senyum, Kenapa? Aku pegang pada niat yang aku usaha untuk mereka. Selagi mereka ada disisi, takkan aku berhenti untuk buat mereka senyum . Walaupun aku tidak mampu lagi memiliki jutaan wang ringgit, tapi aku tetap bersyukur dapat bina kenangan indah yang tidak dapat dibeli dengan jutaan ringgit . Big thanks to Mr Kelvin from @Extremecars for this Luxury Car & Thanks to @sugarsurprise & @dlovenphotolover yang membantu menjayakan usaha untuk gadis indah ini @syafiqahaina

A post shared by HafizMahamad (@hafizmahamad) on

Pelbagai Kejutan Dari Hafiz Mahamad

Video kisah percintaan mereka turut tular di media sosial dengan pelbagai reaksi netizen. Ada yang memuji kisah mereka dan tidak kurang juga jelik dan menganggap pasangan ini seperti melupakan ibubapa masing-masing.

Menolak dakwaan itu, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Hafiz Mahamad turut membuat kejutan kepada ibubapanya yang cukup mengharukan. Malah beliau turut tegaskan segala yang dibuat adalah menggunakan duit titik peluhnya sendiri dan bukannya dari keluarga seperti yang hangat diperkatakan oleh netizen.

Pre-Wedding Yang Cukup Gah!

Bakal mendirikan rumah tangga bersama gadis yang dicintainya, Syafiqah Aina segala persiapan sedang rancak dijalankan. Malah penggambaran pre – wedding mereka turut tular dan kami di Hangat.com turut akui gambar dan konsep tersebut mempunyai auranya tersendiri.

 


Lihat sahaja gambar-gambar tersebut. Sama cantik dan sama padan bukan? Kita sudah ketahui Hafiz sememangnya suka membuat kejutan. Jadi konsep perkahwinannya juga kami jangkakan bakal diadakan dalam sesuatu yang bakal diingati untuk spektrum 2017. Sama -sama kita nantikan gambar-gambar mereka nanti. Sekalung tahniah buat Hafiz dan Aina!

Gambar : Instagram Hafiz Mahamad 

1
like
1
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry

Komen Anda

Previous articleRaja Ilya Bakal Jadi Isteri VIP ? Ini Penjelasannya
Next articleFattah Amin Dan Fazura Selamat Bernikah?
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress