Apabila sebut sahaja nama Nabila Huda, pasti ramai sudah membayangkan perangainya yang gila-gila dan selamba. Baru-baru ini, Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil terlihat dalam sebuah video yang dimuat naik oleh teman artisnya, Betty Rahmad menerusi laman Instagram.

Kredit Foto: @BettyRahmad

Menerusi video, jelas anak penyanyi rock terkenal itu seperti tak boleh jalan sebaik sahaja keluar dari pesawat. Apa yang menarik hati kami, Abil sempat menunjukkan aksi gila-gilanya berjalan seperti ‘Zombie’ yang mebuatkan ramai peminat tak kering gusi menontonnya.

Hinggakan Hangat.com yang menontonnya pun, tersengih dan terkekeh-kekeh ketawa. Lihat sahaja video ini, memang boleh buat anda ketawa.

Rata-rata peminat juga turut meninggalkan komen dengan mendakwa aksi Abil ini telah menghidupkan suasana hari mereka dan terus mendoakan Abil agak lebih berjaya dalam karier seninya.

0
like
2
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry

Komen Anda

Previous articleMasalah Lagi! Ada Tak Kena Dengan Suara Dari ‘Speaker’ iPhone X
Next articlePenampilan Terbaru Juhi Chawla Macam Anak Dara!
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.