Sudah lama Hangat.com tak bawakan perkhabaran dunia bollywood. Masihkah anda ingat dengan aktres Juhi Chawla? Lakonan beliau sememangnya tak boleh dinafikan cukup meninggalkan kesan. Antara filem box-office lakonan Juhi adalah Hum Hain Rahi Pyar Ke, Darr, Deewana Mastana, Yes Boss, Ishq dan banyak lagi.

Juhi Kini Menginjak 50 Tahun

Kami rasa terpanggil untuk berkongsi dengan anda mengenai perkembangan terbaru Juhi. Semalam, (13 November) Juhi telah pun menyambut ulangtahunnya bersama keluarga dan kenalan rapat. Dari segi penampilannya, siapa sangka Juhi yang juga salah seorang pemilik India Premier League sudah pun mencecah usia 50 tahun. Beliau telah berkahwin dengan Jay Mehta dan dikurniakan dua cahaya mata.

5 Gambar Terkini Juhi Chawla

Jika Shah Rukh Khan sering digandingkan dengan Kajol sebagai pasangan yang serasi, Juhi pula sering berpasangan dengan Aamir Khan.

Untuk anda yang merindui wajah Juhi Chawla, kami tampilkan 5 wajah beliau yang terkini yang masih lagi kelihatan awet muda.

Gambar : Instagram Juhi Chawla 

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry

Komen Anda

Previous article[VIDEO] Aksi Nabila Huda Berkelakuan Pelik di Lapangan Terbang Shanghai
Next articleBiar Betul! Xpax Perkenalkan Internet RM1 Sehari
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress