Pelbagai kontroversi diluar jangkaan melibatkan selebriti popular tahun ini. Jika sebelum ini melibatkan penyanyi lelaki popular, kali ini seorang lagi selebriti yang juga pelakon dikatakan terpalit satu kontroversi panas.

Pelakon Kegilaan Ramai Hamilkan Bekas Kekasih

Menerusi laporan yang turut dikongsi oleh MStar Online, seorangg pelakon lelaki popular dikatakan telah terlanjur dengan seorang gadis hingga menyebabkaan gadis itu hamil dan lahirkan anak luar nikah.

Akui dirinya adalab bekas kekasih kepada pelakon tersebut, mereka pernah menjalinkan hubungan empat tahun yang lepas dan putus di tengah jalan. Namun pada awal tahun ini, mereka bertemu kembali dan tidur bersama.

“Kami pernah bercinta empat tahun lepas, dia pernah datang dan bermalam di rumah keluarga saya, tapi hubungan kami putus sehingga bertemu kembali awal tahun ini. Kami bertemu semula melalui aplikasi Bigo dan dia ajak jumpa dan makan malam bersama. Ketika itu dia yang rancang kami tidur bersama di Port Dickson dan ketika itu saya dalam keadaan subur,”

Tidak Bertanggungjawab!

Akui tidak mahu bernikah dan hanya mahu pelakon tersebut bertanggungjawab, dia kini berasa kecewa kerana pelakon berkenaan bertindak melarikan diri dan enggan bertanggungjawab dengan perkara yang berlaku.

“Saya beritahu dia saya sedang hamil tapi dia hanya baca mesej dan tidak menjawabnya. Tetapi kekasihnya pula menyerang saya dan bertanya apa hubungan kami.

Saya tidak mahu memanjangkan cerita kepada orang lain, saya cuma mahu dia datang jumpa dan buat DNA sama ada bayi ini anak dia atau bukan,”

Walaupun tahu beliau tidak mengaku itu adalah anaknya, wanita tersebut turut menyatakan bahawa pelakon itu sepatutnya membayar kos pemeriksaan kandungan sepanjang beliau mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta.

“Saya tidak mahu apa pun, saya tidak berniat nak suruh dia jaga bayi ini atau kahwin dengan dia. Saya mahu dia bertanggungjawab sedikit, sekurang-kurangnya bayar bil pemeriksaan kandungan saya di hospital swasta.

Sepanjang sembilan bulan itu saya terpaksa ke hospital swasta kerana berasa malu. Saya akan jaga sendiri anak ini walau dalam keadaan saya susah sekalipun. Saya bersyukur ibu-bapa saya dapat menerima saya dan bayi ini dengan baik. Cuma sehingga kini saya simpan rahsia siapa bapa kepada bayi ini, biarlah saya sahaja yang tahu,”

Bagi kami di Hangat.com, siapa sekali pun pelakon berkenaan kalau dah berani buat kenalah berani tanggung. Jangan hanya fikirkan keseronokan, nyawa yang lahir di dunia teranaiya.

1
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
2
angry