Sudah lama tidak mendengar perkhabaran pelakon dan pelawak Lan Pet Pet. Selepas lama menyepi, tahun 2017 menyaksikan Lan kembali bersama kumpulan Senario menerusi Senariounion dan turut aktif dalam kerja di belakang tabir.

Imam Muda Asyraf Dedah Kisah Lan Pet Pet

Buat anda yang mengikuti perkembangan Lan, mungkin anda perasan beliau sudah lama membujang dan akhirnya berkahwin dengan adik kepada Rozita Che Wan, Ruby Che Wan pada 2008.

Disebalik kenapa beliau lama membujang, rupa-rupanya ada kisah disebaliknya yang membuatkan ramai netizen turut terharu dan sebak. Kisah benar ini telah didedahkan sendiri oleh Imam Muda Asyraf.

“Abg Lan Pet Pet yang saya kenali seorang yang sanggup membujang lama hanya kerana mahu berkhidmat kepada ibunya. Menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan hanya semata kerana ingin membantu ibunya. Banyak lagi kisah beliau bersama ibunya yang tak mampu dicatat”

Minta Doa Dari Lan

“Jika jumpa dengan Abg Lan Pet Pet saya pasti minta doa dari beliau. Ya. Biar apa orang kata. Setiap kali jumpa saya mesti suruh Abg Lan Pet Pet doakan saya..Ada org pernah tanya kenapa? Saya yakin dan pasti.

Kerana terdapat banyak riwayat hadith sebut tentang maqbulnya doa seorang insan jika ia berkhidmat kepada ibu dan ayah dengan baik.

Inilah yang dijadikan tajuk bab bagi Imam Bukhari terhadap 3 org yang maqbul doanya setelah terperangkap di dalam gua. Serta betapa maqbulnya doa Uwais Al-Qarni setelah diteliti sejarah hidup beliau yang sangat menyantuni ibunya”

Menerusi instagramnya juga, Imam Muda Asyraf turut berkongsi pengalaman mengapa beliau sering meminta Lan mendoakan yang terbaik untuk diri dan keluarganya. Ini kerana menurutnya, doa dari anak- anak yang berbakti pada ibubapanya akan dimakbulkan. Setelah membaca luahan Imam Muda Asyraf, kami di Hangat.com turut berasa terharu. Anda pula bagaimana?

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry

Komen Anda

Previous articleBaru 13 Tahun, Anak Lelaki Pasha Ungu Sudah Ada Kekasih Yang Jelita
Next articleTersebar! Ini Adalah 3 Rekaan iPhone Pada 2018
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress