Siapa sangka, minggu ini sudah masuk minggu yang keempat program realiti Gegar Vaganza musim keempat. Menghimpunkan 12 orang penyanyi terkenal suatu ketika dahulu, penyanyi tersebut terdiri daripada Aishah, Aqasha, Elyana, Ferhad, Firman (Indonesia), Haida Hafiz, Hazami, Lan Kristal, Liza Hanim, Raja Azura, Syura dan Tia Jinbara.

Tinggal 10 Peserta

Minggu lalu telah menyaksikan satu lagi penyingkiran dimana Raja Azura yang menyanyikan lagu Perhaps Perhaps Perhaps tersingkir pada minggu ketiga pertandingan ini. Terdahulu, Firman menjadi peserta pertama yang tersingkir dan kini tinggal 10 lagi peserta yang akan bertanding melayakkan diri ke pusingan akhir Gegar Vaganza pertengahan Disember ini.

6 Finalis Gegar Vaganza

Walaupun masih terlalu awal untuk jangkakan siapakah 6 peserta yang layak ke pusingan akhir nanti, rata- rata peminat sudah menjangkakan mereka yang akan mara kelak berdasarkan pencapaian dan kebolehan mereka mengawal pentas. Berikut adalah 6 finalis Gegar Vaganza 4 mengikut ramalan kami di Hangat.com

1.Liza Hanim

Melihatkan prestasinya setiap minggu, kami yakin dan pasti Liza Hanim adalah salah seorang finalis dan tidak mustahil beliau adalah juara Gegar Vaganza 4.

2. Aisyah

Comeback nya cukup dirindui! Berbekalkan kelunakan suara dan pengalamannya, Aisyah antara nama yang layak ke pusingan akhir nanti.

3. Firman

Walaupun datang dari negara seberang, populariti dan keunikan suara Firman juga tidak boleh dinafikan. Lihat saja persembahannya pada minggu lepas yang membawa lagu Zalikha, sesuatu yang berbeza!

4. Lan Kristal

Siapa sangka kemunculan beliau membantu Siti Nordiana menerusi lagu duet dalam pentas yang sama musim terdahulu, Lan juga antara nama yang disebut untuk mara ke pusingan akhir.

5. Hazami

Tersingkir? Pasti ada sesuatu yang tidak kena. Lihat saja pencapaiannya sebelum ini, cukup konsisten, Hangat.com pasti Hazami bakal all out tidak lama lagi.

6. Tia Jinbara

Sebelum ini, Tia lebih kepada konsep Rock dan pentas Gegar Vaganza bakal mencabar sesuatu yang lain pernah dibawa oleh pesertanya. Namanya tidaklah begitu popular jika dibandingkan dengan yang lain namun penguasaanya di atas pentas mungkin mampu meyakinkan para juri untuk senaraikannnya sebagai Top 6 Gegar Vaganza musim keempat.

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry