Rezeki pelakon Zoey Rahman nampaknya tidak putus – putus sejak dahulu lagi. Meskipun bersaing hebat dengan kemunculan pelakon-pelakon baru, Zoey telah menunjukkan bahawa dirinya masih relevan dan yang terbaru turut menjadi pelakon utama dalam drama Mat Rukun seperti yang ditampilkan Hangat.com dalam bulan lalu.

Zoey Dan Siti Nordiana Bakal Umumkan Sesuatu

Semalam, Hangat.com telah dihubungi sumber terdekat Zoey dan turut menghantar kiriman poster mengenai sesuatu yang bakal diumumkan oleh Zoey dan Siti Nordiana hari ini menerusi lintas lansung di Instagram mereka. Walau bagaimanapun, sumber itu masih merahsiakan apakah yang bakal diumumkan oleh mereka berdua.

BACA  Keputusan Finalis AJL ke-32 Berat Sebelah? Peminat Kecewa

Nana Akui Zoey Antara Lelaki Yang Rapat Dengan Beliau

Sebelum ini, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa sebagai Nana tidak menolak selain Fikri Ibrahim, Zoey juga adalah antara kawan lelaki yang rapat beliau dan tambah Nana beliau senang bergaul dengan mereka yang dikatakan agak ‘sekepala. Sebelum ini beberapa portal hiburan turut menyatakan bahawa kedua-duanya sedang hangat bercinta namun mereka menolak dan menganggapnya sebagai kawan rapat sahaja.

Apakah yang bakal diumumkan oleh Zoey dan Nana? Secara kebetulan, hari ini adalah Hari Lahir Nana yang ke 33. Adakah mereka bakal umumkan mereka bakal berkahwin? Atau kedua-duanya bakal menjayakan sebuah drama? Atau mungkin juga dilantik sebagai duta? Sama-sama kita nantikan pengumuman tersebut pada jam 9 malam ini di Instagram mereka.

BACA  Kalau Tak Bingit, Gema Gegar Vaganza Jadi Hambar - Achey

Komen Anda

Previous articleTiada Jodoh! 5 Artis Malaysia Ini Diceraikan Suami ‘Mat Salleh’
Next article[VIDEO] Bella Hadid Alami Insiden Payudara di Victoria’s Secret
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress