Menjelang tahun baru 2018, banyak kenangan manis dan pahit dalam dunia hiburan. Warna-warni hidup sebagai anak seni bukanlah indah-indah sahaja, namun ada juga peristiwa hitam yang terpaksa ditempuhi oleh mereka. – hangat.com

Sepanjang tahun 2017, Hangat.com sebagai sebuah portal hiburan tidak pernah ketinggalan  untuk memaparkan kontroversi artis tempatan. Berikut Hangat.com rangkumkan 5 kontroversi yang paling hangat juga telah mencuri perhatian orang ramai dan media.- hangat.com

1. Faye Kushairi & Elly Mazlein

Kisah kontroversi antara Faye Kusairi dan penyanyi Elly Mazlein hangat diperkatakan pada awal tahun ini. Faye dikecam teruk oleh netizen yang menganggap dirinya seorang perampas suami orang. – hangat.com

Faye atau nama sebenar Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta iaitu bekas suami Elly pada 9 April lalu. Perkembangan terbaru kini, Faye disahkan hamil anak pertama. – hangat.com

2.Sharnaaz Ahmad & Fattah Amin

Siapa yang tidak kenal dengan Sharnaaz Ahmad yang sering lantang bersuara di media sosial.

Wife sy cakap hensem sikit je.. sy bangkang tuan hakim!!!!

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

Selepas selalu dihimpit dengan kontroversi, dia tetap tidak serik mengeluarkan kenyataan baru yang lebih pedas dan sensasi. Dia dikecam apabila tindakannya mengkritik kreadibiliti Fattah Amin membuatkan ramai peminat pelakon itu menghentam Sharnaaz. – hangat.com

BACA  [VIDEO] Wanita Ini Menangis Teruk Dapat Dipeluk Fazura

Kisah ini menjadi lebih hangat apabila ada yang menyangka perhubungan antara Sharnaaz dan Fattah agak dingin sebelum ini sehingga dia mengeluarkan kenyataan pedas terhadap Fattah. – hangat.com

3. Nora Danish & Fasha Sandha

Isu  saman-menyaman antara dua pelakon popular ini, Fasha Sandha dan Nora Danish. Kontroversi panas yang melibatkan dua artis jelita telah menggemparkan seluruh Malaysia.

Fasha Sandha“dihalau” daripada sebuah majlis fesyen anjuran jenama pakaian dan tekstil terkenal. Semuanya gara-gara seorang artis yang turut bekerjasama dengan jenama pakaian tersebut ingin tarik diri jika Fasha hadir pada majlis tersebut.

4. Afifah Nasir & Aliff Aziz

Kes adik kepada pelakon Anzalna Nasir, Afifah Nasir, bersama dengan Aliff Aziz di Pusat Karaoke juga telah menggemparkan dunia hiburan. Afifah mengadakan sidang media berhubung dakwaan dirinya yang mengatakan produksi mempergunakan beliau untuk memujuk Aliff Aziz bagi melancarkan proses penggambaran mereka. – hangat.com

BACA  Terjawab Sudah! Ini Foto 'Close Up' Babak Cium Fattah Amin & Janna Nick

Kontoversi membabitkan pelakon–pelakon ini semakin berpanjangan. Sehingga kini kedua-dua belah pihak masih lagi bermain tarik tali.

5. Saleem & Syafiq Farhain

Kontroversi ini tercetus apabila syarikat rakaman Syafiq Farhain dikatakan menggunakan nama dan lagu Saleem untuk tujuan promosi menaikkan nama Syafiq. Walaupun mereka mempunyai pertalian darah daging, Saleem tidak membenarkan anaknya itu menggunakan namanya dek kerana masih kecil hati atas perselisihan faham yang terjadi di antara mereka suatu ketika dahulu. – hangat.com

Saleemdan isterinya, Julia Bachok dikatakan telah ‘menyerang’ syarikat rakaman Syafiq Music Valey Malaysia (MVM).

6. Zizan Razak & Dato Hans Isaac

Gara-gara lawaknya yang dianggap melampau, pelakon Zizan Razak yang mengacarakan malam Festival Filem Malaysia ke 29 terus dikecam pelbagai pihak. Ternyata pengacaraan Zizan pada malam tersebut telah dikritik hebat Hans Isaac yang mengganggap penyampaian Zizan terlalu berlebihan. – hangat.com

Menurut Hans, sebagai seorang pengacara yang mengendali anugerah berprestij, Zizan tidak seharuskan membuat lawak jenaka sebegitu sehingga menjejaskan imej dan namanya. – hangat.com

BACA  Cantiknya Nora Danish Berhijab Zip dalam Filem 'Bukan Cinta Malaikat'

Dalam anugerah itu, Zizan secara berjenaka mengusik gelaran Datuk diperoleh pelakon berkenaan dibeli.

7. Chef Wan dan Nabil Ahmad

Chef Wan telah menegur Nabil untuk tidak keterlaluan berada di pentas kerana kadang kala lawaknya itu dianggap kasar. Tambahnya, tindakan Nabil yang sering kali mengusik dan mengajuk percakapan juri adalah sesuatu yang tidak patut dan seharusnya dibendung.

“Assalamualaikum..Video ini ditujukan khas buat Datuk Prof Chef Wan..Whats wrong Datuk? You need some attention? I’ll give you some…”

Itulah antara bait-bait kata Nabil yang ditujukan khas buat Chef Wan di Instagram nya sudah mendapati chef selebriti itu seperti tidak professional dan menganggap perbuatannya itu seperti mahu memalukan dirinya. – hangat.com

Tidak mengalah dengan kenyataan tersebut, Chef Wan sekali lagi memberi komen balas terhadap video Nabil dan menganggap pengacara itu seperti tidak boleh ditegur dan egonya tinggi. – hangat.com

Hangat.com berharap untuk tahun 2018, tida lagi isu artis berbalah antara satu sama lain. Industri hiburan di Malaysia terlalu kecil untuk berlakunya persengketaan sesama artis.