Bukan mudah untuk ada keberanian bertentang mata dengan Perdana Menteri Malaysia bertanyakan hal isu semasa negara. Nampaknya keberaniaan itu ada pada pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra dipanggil Pak Nil. Menurut laporan dari Malaysiakini, dia sempat bertanyakan soalan berkenaan kos sara hidup kepada Perdana Menteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam sebuah pertemuan empat mata.

5 Soalan Berani

Menerusi kenyataannya di Instagram hari ini, Aznil Nawawi memuat naik gambar beliau bertemu perdana menteri di Dewan Tunku Ismail di PWTC, Kuala Lumpur. Lebih menarik, Aznil mendedahkan beberapa pertanyaan yang diajukan kepada PM, yang pastinya soalan itu sangat di berkait rapat dengan permasalahan rakyat Malaysia. Antara soalannya,

BACA  Sandiwara? Netizen Dedah 5 Perkara Mencurigakan Kes Mat Over Tampar David Teo

1. Kenapa harga minyak banyak naik dari turun
2. Tak payahlah ada GST ni DS
3. Tukaran mata wang ni buat kami lagi sukar DS. Macam mana ni?
4. Apa DS boleh tolong kami agar betul2 mampu milik Rumah Mampu Milik?
5. Kos sara hidup makin tinggi ni DS. Kerajaan buka mata dan telinga tak pada resah kami?

Mungkin jawapannya sangat dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia dan kami di hangat.com juga tak sabar nak tonton sendiri program bual bicara ini. Hangat.com akan memaparkan terperinci bual bicara ini selepas rancangan ini ke udara.

Sumber Malaysiakini

Komen Anda

Previous articleTidak Sengaja! Ika Nabella Mohon Maaf
Next articleKos Sara Hidup Tinggi, Sheila Majid Kecewa Dengan Ekonomi Negara
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.