Selain berwajah pan asian, jambu dan melayu tulen, antara ciri lain yang kadang kala dicari oleh pengarah tanah air adalah pelakon lelakki yang mempunyai iras atau perwatakan seperti pelakon bollywood. Mungkin ada diantara anda yang tidak tahu siapakah mereka, Hotlist kali ini Hangat.com bawakan 5 pelakon lelaki di Malaysia yang mempunyai ciri Bollywood!

1. Idris Khan

Tidak dinafikan, Idris antara pelakon yang mempunyai full package! Idris dilahirkan pada 15 Disember 1988 di Libya, Afrika pernah bekerja di pejabat Perdana Menteri bersama Penasihat Perdana Menteri sebagai pengawai khas selama dua tahun.

2. Remy Ishak

Sering kali memegang watak pemuda dari India, Remy Ishak sememangnya pelakon yang cukup berbakat. Nama Remy juga dikatakan antara pelakon yang layak digelar sebagai Hero Malaya

BACA  Pelukan Manja Abhishek Bachchan & Amitabh Bachchan Curi Tumpuan

3. Azad Jazmin

Suami kepada Eira Syazira ini mempunyai darah kacukan. Azad atau nama sebenarnya Azad Jasmin John Louis Jeffry juga seperti Remy yang sering kali memegang watak pemuda dari India.

4. Ariff Aziz

Pelakon baru ini juga tidak dinafikan turut mempunyai package yang tersendiri. Mula dikenali menerusi drama Raisha, Ariff bukan sahaja boleh berlakon malah turut berkebolehan untuk menyanyi.

5. Azrel Ismail 

Pelakon ini juga dikategorikan sebagai antara nama yang mempunyai iras aktor Bollywood. Bermula dari model sehinggalah bergelar pelakon, Azrel sememangya cukup berbakat!