Lagi mengenai kes susulan biduanita negara, Datuk Sheila Majid yang dikatakan telah meluahkan rasa kecewanya mengenai kos sara hidup yang tinggi di laman Twitter nya.

Azwan Ali Anggap Zaman Sheila Majid Sudah Jatuh



Hal ini juga telah menarik minat Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA yang rasa terpanggil untuk memberi kenyataan balas mengenai Tweet Sheila Majid.

“Bila dia meroyan seperti itu, itu merosakkan generasi baru. Anda (Sheila) kononnya artis besar, kalau kau berjaya, kau ada datuk, kaya raya, ada pengikut berjuta bukankah kerana kerajaan. Go to hell! Saya rasa dia zaman sudah jatuh, bila lagi hendak popular, tetapi tidak boleh lawan Azwan Ali punya viral”

Terkejut Sheila Majid Bagi Kenyataan 

“Dia sebagai seorang berpengaruh, seorang diva harus menggunakan sedikit common sense dengan situasi tidak perlu beremosi. Bila orang hormati dia, dia buat kenyataan sedemikian, ia membunuh diri. Ia tidak akan jejaskan BN. Najib tidak perlu artis sangkak untuk menang pilihan raya. Najib adalah nama yang terlalu besar, apalah sangat dengan artis sangkak,”

Menurut Diva AA, beliau terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan ratu Jazz negara itu kerana Sheila merupakan artis yang beliau segani dan hormati.

BACA  Semangat Pejuang! 6 Selebriti Ini Terlibat Dalam Persidangan UMNO 2017

Selain Sheila, antara artis yang turut memberi kenyataan dan pendapat mereka tersendiri adalah Fathia Latiff, Zahid dan Datuk Aznil Nawawi.

Sumber Malaysia Kini