Tips Mendaki Air Terjun Pelangi Dalam Filem Pinjamkan Hatiku

Pada yang pernah menonton filem Pinjamkan Hatiku yang kini berada diseluruh pawagam seluruh Malaysia, pasti terpegun dengan keindahan Air Terjun pelangi.

Terletak di Sungai Lembing, Pahang, ia merupakan satu tarikan semulajadi yang cukup cantik dan mempesonakan. Mendapat nama daripada fenomena pelangi yang memang melatari air terjun ini, ibarat berada di dunia fantasi.

Menurut laporan dari Utusan Online, Ayda yang merupakan pelakon utama dalam filem ini mengalami beberapa kecederaan kecil sewaktu dalam perjalanan bagi menjayakan penggambaran di Air Terjun Pelangi.

“Seawal pukul 4 pagi kami dan kru produksi memulakan perjalanan dan kejerihan itu tidak dirasakan tatkala pelangi terbit terkena biasan mentari,” ujarnya.


Air Terjun Pelangi yang dimaksudkan jugak tersenarai antara air terjun tercantik di Malaysia!

BACA  Bukan Shaheizy Sam Seorang, 7 Selebriti Ini Pernah Isytihar Muflis

Jom lihat gambar-gambar keindahan Air Terjun Pelangi dari sumber Trip Advisor.

Untuk sampai ke sana, anda terpaksa meredah tiga anak sungai. Yang dimaksudkan ialah Sungai Jin, Sungai Hillview dan Sungai Bunga atau dikenali Sungai Cuci Kaki.

TIPS MENDAKI AIR TERJUN PELANGI
  • Pastikan pemandu pelancong ialah yang berdaftar, bertauliah dan profesional
  • Patuh dan pastikan jelas pada setiap arahan pemandu pelancong
  • Pastikan memakai pakaian sukan, terutama kasut yang sesuai (di Pekan Sungai Lembing terdapat kedai menjual kasut yang sesuai)
  • Bawa beg kalis air yang tahan lasak untuk simpanan barang elektronik dan lain-lain
  • Elakkan membawa barang yang tidak perlu
  • Bawa bekal makanan (sekiranya perlu) dan setidak-tidaknya sebotol air mineral
  • Dan di mana-mana sekali pun, jagalah tingkah laku dan bicara 
  • Untuk dapatkan pemandangan pelangi yang lebih besar dan menakjubkan, pastikan anda tiba pada jam lebih kurang 9 dan 10 pagi.
BACA  Fattah Amin, Ayda Jebat Antara 3 Duta Baru Oppo F5