Pelakon Rozita Che Wan ataupun mesra disapa Che Ta, beliau sememangnya sibuk dengan urusan pernigaan sehingga kadang-kadang dia terpaksa meninggalkan suami untuk ke luar negeri. Lebih menarik lagi, setiap kali posting yang dikeluarkan menerusi Che Ta pasti mencuit hati dan sarcastic. – hangat.com

Baru-baru ini, Che Ta ada memuatnaik gambar dalam aksi sedang berbual dalam telefon dan memberi amaran kepada suaminya supaya tidak berkunjung ke pusat karaoke. Malah lebih lucu Che Ta menasihatkan suaminya jangan ‘extend masjid’ bermaksud kahwin lagi.

“Hello sayang.. i kat kelantan lagi ni. jangan noti noti (nakal) ok.., jangan pergi karaoke, jangan extend masjid, ok bye”

Rata-rata netizen menyangka pesanan tersebut berkait rapat dengan isu-isu panas dalam dunia hiburan, namun ini hanya spekulasi kerana Che Ta sendiri tidak menyatakan mana-mana nama individu dalam kapsyen itu. – hangat.com

BACA  Rozita Che Wan Hamil? Aaisyah Tak Sabar Tunggu Adik Baru

Pesanan Che Ta ini seolah-olah berkait rapat dengan isu semasa dikalangan artis tempatan. Ada yang terpalit dengan kontroversi diserang di Pusat Karaoke oleh isteri, tak kurang juga yang dituduh perampas suami. Macam-macam terjadi dalam dunia seni hiburan sepanjang tahun 2017 ini.

Komen Anda

Previous article5 Pelakon Lelaki Yang Mempunyai Wajah Bollywood
Next articleTeguran Sinis Datuk Boy Iman Buat ‘Pendengki’
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.