Seperti mana yang kita tahu Pertandingan Ratu Cantik Dunia atau Miss Universe 2017 baru saja diadakan di Manila, Filipina. Acara yang menjadi tumpuan dunia ini telah mendorong seorang lelaki atau abang sado untuk meniru gaya ratu cantik yang sedang berjalan di atas pentas.

sinon-loresca-im-fitnessstudio

Abang sado ini dikenali sebagai Sinon Loresca berasal dari ibu kota Manila, Filipina. Menariknya, lelaki ini mampu meniru lenggok berjalan begitu anggun mirip seperti seorang model wanita dengan tubuhnya yang sasa dan berotot.

Hanya dengan memakai seluar mandi dan kasut tumit tinggi, Sinon boleh berjalan seksi seperti ratu cantik dunia di jalanan sekitar bandar. Lelaki ini seolah-olah selesa dan tidak kekok walaupun harus berjalan menggunakan kasut wanita.

RAIN or SHINE my CATWALK must go on.. πŸ‘ πŸ‘ 

A post shared by πŸ‡΅πŸ‡­The KING OF CATWALK (@sinonloresca) on

Klip video yang dimuat naik melalui akaun Instagram ini bagaimanapun mendapat perhatian ramai orang dan kini mendapat 15 juta tontonan di laman Facebook Beauty Queen.

Walaubagaimanapun, Sinon rasa terharu kerana video nya menjadi viral di seluruh dunia dan berharap semua pengikutnya sentiasa memberi sokongan padanya.

#TearsOfJoy THANK YOU GUYS FOR BRINGING MY CATWALK WORLDWIDE πŸŒŽπŸ‘ πŸ‘‘

A post shared by πŸ‡΅πŸ‡­The KING OF CATWALK (@sinonloresca) on

Walaupun dia yang dikenali seperti ini untuk pelbagai aksi feminin, tidak ramai yang tahu mengenai kebajikan yang selalu dia lakukan.

Sinon yang membesar dalam kemiskinan memahami nasib kanak-kanak yang tinggal di jalanan di Filipina. Ia telah menjadi aktiviti kebajikan beliau untuk keluar dan memberi makanan kepada kanak-kanak jalanan dan seluruh keluarga di kawasan-kawasan perumahan miskin di Manila.

Sumber

0
like
0
love
0
haha
0
wow
1
sad
0
angry

Komen Anda

Previous articleYasin dan Kumpulan Brothers Failkan Saman
Next articleGambar Luna Maya Eksploitasi Orangutan Dikecam, Ini Reaksinya!
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.