Netizen Bengang Shahir Mara Ke Pusingan Akhir AF Megastar

Semalam, (15 Oktober) menyaksikan pusingan separuh akhir Konsert Akademi Fantasia Megastar telah berlangsung. Bertemakan Duet dan Carta Hit, beberapa penyanyi terkenal seperti Dayang Nurfaizah, Black, Bam Samsons, Siti Nordiana turut diundang menjayakan persembahan pasangan duet mereka.

Tiada lagi ‘Amir’ Di Pentas AF Megastar

Keputusan separuh akhir yang diumumkan Datuk Aznil Hj Nawawi juga mengejutkan ramai pihak apabila kedua-dua Amir, Amir Jahari dan Amir Masdi gagal melayakkan diri ke pusingan akhir yang akan berlangsung pada minggu hadapan.

Amir Masdi yang menyanyikan lagu asal Faizal Tahir, Aizat, Noh dan Muadz, Kullul Hubbi dan lagu duet nya bersama Siti Nordiana, Dirgahayu menduduki tangga terendah dengan 21.1 peratus.

Bagi Amir Jahari pula yang membawa lagu nyanyian asal Ismail Izzani, Sabar dan Kenangan Terindah bergandingan dengan Bam (Samsons) memperoleh 26 peratus.

Malam Separuh Akhir Milik Idayu

Dalam perkembangan lain, Idayu menepati ramalan apabila layak ke pusingan akhir serta berjaya menyandang Star of the Week. Bukan itu sahaja, Idayu yang menyanyikan lagu duet bersama Azharina serta lagu hits Datuk Siti Nurhaliza mengejutkan ramai pihak, apabila juri tetap rancangan realiti tv itu, Dato’ Ramli MS berdiri memberi ‘standing ovation’ kerana berjaya membawa lagu tersebut dengan sangat baik.

4 peserta yang turut mara ke pusingan akhir adalah Bob, Marsha, Syamel dan Shahir.

Netizen Tidak Puas Hati Shahir Ke ‘Final’

Seperti yang diingatkan oleh Pak Nil, segala-galanya mungkin boleh berubah. Malam separuh akhir juga berpihak kepada Shahir kerana beliau berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir sekali gus menjadi satu-satunya juara musim terdahulu yang berjaya.

Namun keputusan yang diumumkan semalam ternyata menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan netizen yang disifatkan mereka penyanyi itu tidak layak seperti minggu yang sebelumnya.

Sebanyak 60 peratus undian adalah datangnya daripada juri manakala 40 peratus markah lagi dilakukan secara undian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh penonton. Pada minggu hadapan, AF Megastar bakal menutup tirainya dan juara bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan hadiah sampingan lain termasuk pakej percutian.

Gambar Akademi Fantasia Megastar 

AF Megastarbobidayumarshashahirsyamel
Recommended
Comments (0)
Add Comment