Shaheizy Sam Dikecam Kerana Memakai Subang Di Pusat Kecergasan

Sudah lama Hangat.com tidak bawakan khabar berita mengenai Shaheizy Sam. Khabarnya beliau baru sahaja selesai menjalani penggambaran Polis Evo 2 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Penampilan Terbaru Bersubang?

Dalam tinjauan kami ke Instagram isteri Sam, Syatilla Melvin suaminya dilihat memakai subang dan rantai besi di sebuah pusat kecergasan sambil ditemani Syatilla dan anaknya. Kami tidak pasti adakah aksesori tersebut sengaja dipakai atau berkemungkinan baru sahaja selesai dari penggambaran kerana penampilan tersebut bukanlah penampilan biasa Sam.

Badan Sado Jadi Idola

Dalam perkembangan lain, melihatkan badan Sam yang kini semakin ‘sado’ membuatkan dirinya menjadi idola netizen yang ingin memiliki badan sepertinya. Bukan itu sahaja, malah rakan – rakan artis turut memuji bentuk badannya.

Kami percaya Sam sememangya seorang yang tekad kerana hampir setiap filem yang dilakonkannya, beliau akan mengulangkaji serta membuat persiapan awal bagi membuktikan dirinya sebagai seorang pelakon yang berkebolehan.

shaheizy samsyatilla melvin
Recommended
Comments (0)
Add Comment