Watie Langsung Tak Bayar Walau Satu Sen! – Hana Elite

Kerana gagal membayar wang pinjaman bank untuk ansuran kereta, kisah persahabatan mereka berakhir begitu sahaja. Segalanya terjadi apabila Waite yang menggunakan nama Hana untuk membeli kereta jenis Wish dan tidak membayar seperti yang dipertintahkan oleh pihak bank hingga menyebabkan nama Hana diisytiharkan muflis.

Langsung Tak Bayar

Hana yang mengemukakan kes ini di mahkamah telah pun berjaya mendapat haknya apabila pihak mahkamah memerintahkan Watie untuk membayar RM112,000 keepada Hana pada Oktober lalu.

Akan tetapi sehingga ke hari ini, Watie gagal menjelaskan hutangnya kepada bekas ahli kumpulan Elite itu sehingga proses membersihkan nama Hana daripada senarai bankrap terganggu.

” Sehingga ke hari ini saya masih belum menerima sebarang bayaran seperti mana diperintahkan pihak mahkamah sejak Oktober tahun lalu. Saya sendiri tidak tahu apa masalah dia (Watie) tidak mahu membayar hutang tersebut. Alasan dia tidak tahu mengenai perintah tersebut memang tak masuk akal”

Bakal Bawa Ke Mahkamah

Menurut Hana, beliau akan bawa kes ini ke Mahkamah Tinggi sekiranya Watie enggan membayar seperti yang diperintahkan. Terdahulu, Watie diperintah membayar RM112,000 melalui Jabatan Insolvensi bagi memadamkan nama Hana yang disenaraihitamkan.

Untuk permulaan, Watie dikehendaki membayar sebanyak RM99,500 sebagai bayaran pertama kepada Ketua Pengarah Jabatan berkenaan sebelum atau pada 30 November tahun lalu dan baki sebanyak RM2,500 sebulan bermula Januari sehingga Mei 2018 perlu dibayar secara berperingkat.

Keputusan itu dibuat kerana Watie tidak mampu membayar tuntutan saman penghakiman berjumlah RM707,351.81 yang diperintahkan mahkamah sama pada 10 Mac 2015.

“Saya difahamkan oleh peguam pihaknya juga ada melantik peguam dan saya sendiri akan membawa kes tersebut ke Mahkamah Tinggi sekiranya dia tetap berdegil bagi mendapatkan hak saya”

Kasihan Hana. Pengajaran disini berhati-hatilah dalam mempercayai orang terutamanya apabila melibatkan wang ringgit. Sedangkan kawan sendiri pun boleh terkena apatah lagi jika orang asing.

Sumber mStar Online

hana elitewatie elite
Recommended
Comments (0)
Add Comment