Mahkamah Arahkan Datuk Seri Vida Bayar RM 4.6 Juta!

Jika dahulu jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida pernah diarahkan ke mahkamah bagi tuduhan kes yang melibatkan produknya, kali ini Datuk Seri Vida atau lebih mesra disapa sebagai DSV sekali lagi menerima nasib yang hampir sama.

Diarah Bayar RM4.6 Juta

DSV baru-baru ini telah diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh supaya membayar cukai pendapatan individu bagi tempoh lima tahun yang dituntut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebanyak RM4.6 juta sebelum 21 Mei ini.

Dalam penyataan tuntutan LHDN itu, DSV atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr. Hajjah Hasmizah Othman dikehendaki membayar kepada LHDN mengikut Subseksyen 91(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun taksiran 2011 hingga 2015 yang berjumlah RM4,686,435.79.

Hanya Diwakili Peguam

Arahan penyelesaian di luar mahkamah itu dikeluarkan Pesuruhjaya Kehakiman Anselm Charles Fernandis selepas tuntutan itu difailkan oleh Peguam LHDN Nor Hidayah Mohd Anas dalam kamar hakim. Walaubagaimanpun menurut sumber Datuk Seri Vida tidak hadir dan hanya diwakili peguamnya, Zailan Mohamed dari Zailan Associates.

Dikhabarkan kes tuntutan itu akan berjalan pada 21 Mei ini sekiranya pengasas produk kecantikan itu gagal mengadakan perbincangan dan menyelesaikan tuntutan cukai pendapatan individu itu dalam tempoh ditetapkan. Teringat pula kami pada kisah DSV belanja hampir RM700 ribu setiap kali bercuti.

Sumber XTRA Tonton

datuk seri vidalhdn
Recommended
Comments (0)
Add Comment