Amy Search Bakal Jadi Ayah Pada Usia 60 Tahun !

Alhamdulillah, siapa sangka pada usia 60 tahun, penyanyi lagenda rock Suhaimi bin Abdul Rahman atau lebih dikenali Amy Search bakal menimang cahaya mata yang ke-enam. Lebih istimewa ia merupakan di antara doa yang dimakbulkan, apabila hasrat Amy untuk menambah seorang lagi cahaya mata ketika berusia 60 tahun bakal menjadi kenyataan.

Menerusi gambar yang dimuat naik oleh Amy di Instagram beliau, Amy mengumumkan berita gembira isterinya Norhasniza Hassan atau lebih dikenali sebagai Nourish disahkan hamil selama sebulan. Amy meluahkan rasa kesyukuran apabila doanya menimang anak pada usia 60 tahun dimakbulkan oleh Allah swt.

“Isteri aku mengandung sebulan yeahhhhh!!!!????? aku selalu doa bila umur aku 60 tahun nak timang anak lagi. Korang semua doakan semoga aku berjaya”, tulis Amy.

Vokalis kumpulan Search yang memiliki seorang cucu ini memuat naik video Nourish menjalai pemeriksaan doktor dan sedang melakukan ujian ultra sound untuk mengesahkan kandungan anak mereka.

Amy juga berkongsi video menunjukkan alat uji kehamilan yang menunjukkan tanda positif.

Amy dan Nourish mendirikan rumah tanga pada Oktober 2003 dan ia adalah perkahwinan keempat bagi penyanyi rock ini. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, manakala perkahwinan terdahulu Amy memiliki dua orang anak.

Hangat.com ingin mengucapkan tahniah kepada Amy serta Nourish yang bakal menerima kehadiran orang baru. Semoga kandungan sihat sempurna dan dipermudahkan segala urusan , in shaa Allah, aamiin!

amy search
Recommended
Comments (0)
Add Comment