Aishah Tak Sangka DS Vida Menipu Barang Kemas

Seperti yang kita ketahui penyanyi terkenal, Aishah muncul sebagai juara program realiti, Gegar Vaganza 4 dan membawa pulang pelbagai hadiah menarik seperti tanah lot, percutian ke luar negara, barangan kemas dan banyak lagi.

Aishah Dakwa Hadiah Barangan Kemas Bernilai RM 80,000 Barangan Palsu

Terbaru menerusi Instagram nya, Aishah mendedahkan bahawa hadiah barangan kemas yang diperolehnya dari Dato Seri Vida bernilai RM80,000 adalah barangan palsu dan tidak tulen. Bukan sahaja kecewa dengan hadiah tersebut, malah tanah lot banglo yang dijanjikan sebagai hadiah kemenangan Gegar Vaganza 4 juga masih tidak diselesaikan lagi, Namun begitu pihak Astro selaku penganjur program realiti pertandingan nyanyian itu memaklumkan mereka memerlukan sedikit masa lagi untuk menyelesaikan segala isu berkenaan lot tanah tersebut.

DSV Mahu Tukar Dengan Lavida Coin

Dalam posting terbaru pelantun Janji Manis Mu itu, ada peminat yang memberitahu bahawa pihak berkenaan (merujuk kepada DSV) membenarkan Aishah menukar hadiah barangan kemas tersebut dengan Lavida Coin, sebuah mata wang krypto yang baru sahaja dilancarkan sekiranya Aishah tidak berpuas hati dengan hadiah tersebut.

Namun begitu, bagi Aishah penukaran hadiah tersebut seperti sia-sia dan lebih memburukkan keadaan. Tambah Aishah lagi, dia masih mampu membezakan barangan kemas yang tulen dan juga palsu dan kecewa diperlakukan sedemikian rupa. Bagaimana pula respon DSV? Sehingga artikel ini ditulis masih tiada sebarang komen lanjut dari pihaknya. Bertabahlah Aishah!

aishahdato seri vidagegar vaganza 4
Loading ...