Pernah Digelar Artis Terkaya! Ini 7 Kisah Peribadi Amelina Yang Ramai Tak Tahu

Buat pertama kali, selepas lima musim, juri tetap Datuk Ramli MS atau Tok Ram memberikan standing ovation kepada Ratu Dangdut, Amelina selepas dia menyampaikan lagu Segalanya Pasti di Gegar Vaganza minggu lalu.

Nampaknya kehebatan vokal Amelina atau Norazlina Amir Sharipuddin ternyata masih berbisa dari dulu hingga sekarang. Amelina yang sangat popular di Malaysia pada era 1990’an ini pernah menghilangkan diri dari radar industri muzik selama 15 tahun hingga menyebabkan dunia muzik dangdut mengalami kesuraman. Kini Amelina aktif dan bangkit semula mengembalikan zaman kegemilangannya.

Namun masih ramai yang sudah melupakan kisah kehidupan dan kejayaan Amelina sebelum menghilangkan diri. Ketika dia meniti zaman popularit, kisah peribadi beliau sering menjadi perhatian. Berikut 7 Kisah Peribadi Amelina Yang tak pernah luput di ingatan kami.

Gadis Kilang

Pernah bekerja di sebuah kilang elektronik. Beliau membesar dan bersekolah di Nilai, Negeri Sembilan. Amelina berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bergelar penyanyi pada tahun 1994 ketika berusia 20 tahun.

Hadiahkan Sebuah Hartanah Kepada Bapanya

Amelina juga cukup akrab dengan arwah bapanya malah pernah menghadiahkan sebuah hartanah kepada bapanya, Amir Sharifuddin Abdul Raof ketika meniti zaman populariti.

Hubungan Cinta Bersama Penyanyi Iwan

Amelina dikenali sebagai pasangan duet yang cukup serasi dengan Iwan. Antara lagu yang cukup popular gandingan mereka adalah “Yang Tersayang”, “Memori Daun Pisang” dan “Sepayung Berdua”. Ketika ini jugalah Iwan dan Amelina menjalinkan hubungan cinta.

Artis Dengan Pendapatan Paling Tinggi

Album Dang Dang Dut yang meyaksikan kolaborasi Iwan, Amelina dan Sheeda berjaya terjual hingga 350,000 unit pada tahun 1996 menjadikan ia sebagai album paling laris pada tahun tersebut, sekaligus album dangdut paling laris sepanjang zaman.

Pada tahun 1996 sahaja, keseluruhan album Amelina termasuk Asyik telah terjual lebih dari 500,000 unit menjadikan beliau sebagai artis berpendapatan tinggi pada pertengahan 1990an bahkan berjaya memasuki pasaran Jepun.

Diberi Penghormatan Semasa Sukan Komanwel 1998

Ketika berlangsungnya Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur, Amelina diberi penghormatan untuk membuat persembahan  di hadapan 100 ribu penonton di Stadiu termasuk Queen Elizabeth II, Yang diPertuan Agong Tuanku Ja’afar, Raja Permaisuri Agong Tuanku Najihah, Perdana Menteri & ramai lagi. Sepanjang meniti kemuncak populariti beliau pernah membuat persembahan luar negara seperti di Indonesia dan Jepun.

Tak Sempat Lahirkan Album Ke-4

Kehilangan Amelina menjadi tanda tanya kepada semua peminat dan media, malahan syarikat rakaman sudah sedia dengan material bagi album keempatnya yang dijangka keluar pada tahun 2000.

Amelina didakwa sempat mengambil salinan demo lagu-lagu barunya tetapi tidak sempat merakam sebarang lagu. pasaran muzik dangdut jatuh pada tahun 2000 menyebabkan ramai penyanyi dangdut mula beralih arah. Ramai yang beranggapan muzik dangdut tidak akan sama seperti kemunculan Amelina sehinggakan permintaan peminat agar beliau kembali tidak pernah putus.

Bernikah dengan Usahawan dan Dikurniakan 6 Orang Anak

Amelina menikahi suaminya, seorang usahawan bernama Reduan Mahamood pada 20 Mei 1999 . Menerusi perkahwinan itu, Amelina dikurniakan enam orang cahaya mata, Puteri Nur’ Athirah (2001), Putera Al’ Affiq (2002), Putera Al’ Asyraff (2003), Puteri Nur’ Asyurah (2005), Putera Al’ Arffa (2007), dan Putera Al’ Amzar (2009). Pada 2014, Amelina mengumumkan beliau telah bercerai dan bergelar ibu tunggal serta mahu kembali aktif dalam dunia seni suara.

amelina amiramelina gegar vaganzagegar vaganzaiwan
Loading ...