‘Aduhh Stress!’- Amelina Tak Sanggup ‘Google’ Nama Sendiri

Sebagai manusia biasa, kita tak pernah terlepas dari kesilapan. Jadi yang dah lepas tu janganlah dikenang-kenang lagi. Namun jika bergelar selebriti, kisah silam peribadi mereka sering diungkit-ungkit untuk santapan umum. Lagi-lagi zaman sekarang, segala maklumat berada di hujung jari. Hanya google sahaja, semua perihal dan kontroversi artis dulu-dulu dapat dibaca.

Seperti yang terjadi kepada peserta Gegar Vaganza Musim Ke-5, Amelina Amir atau lebih mesra dipanggil Kak Long, yang begitu tertekan jika dia meng-google nama sendiri di internet. Menurut kenyataannya di Instagram, terlalu banyak kisah lama berkaitan kehilangan dirinya dan gosip percintaan zaman dahulu kala di dalam carian google.

“Kalau google nama Kaklong, yang keluar pada carian itu semuanya kisah #throwback & cerita silam Kaklong ‘hilang’ meninggalkan dunia seni. Selebihnya banyak mengenai cinta dengan seorang lagi ‘Raja Dangdut’ ketika itu.”

Apa yang membimbangkan, jika ia digoogle sendiri oleh anak-anaknya dan akan menimbulkan banyak persoalan.

“Kadang-kadang stress pulak bila google nama sendiri. Tak pun kalau anak-anak yang sibuk google & lepas tu bertanya kat Kaklong. Lebih parah kalau kawan sekolah mereka yang google & kemudian ‘membawang’ pasal Kaklong. Aduhhhh stress!”

Walaubagaimanapun, Amelina tetap bersyukur kerana anak-anaknya sangat memahami & sentiasa bijak berfikir secara logik.

Apa-apa pun sebagai peminat,  sokonglah artis kegemaran anda dengan apa yang dicapai sekarang mahupun pada masa akan datang bukannya mengungkit kisah silam mereka. Bezanya kita manusia biasa, aib dan silap kita selalunya kita lindungi, tetapi kalau artis, mudah untuk nak ‘membawang’.

amelinagegar vaganza
Loading ...